Posted on July 2, 2020
Longchamp mencungkil warisan atau sejarahnya, lalu menemukan hijau yang mengingat akan identiti sebenarnya! Makna implisit di sebalik hijau itu mendorong Longchamp dalam menjadikannya tunjang ilham dan mematangkan ia untuk memunculkan satu himpunan baharu – Longchamp musim luruh 2020 : Green Light.
Peringkat perkembangan yang penting sepanjang riwayat Longchamp adalah pada 60 tahun yang lalu, bermula pada 1948 hingga tahun 1951. Jean Cassegrain membangunkan Longchamp sewaktu pasca-perang Paris yakni pada 1948, mencari keunggulan fesyen Perancis dan kemudian, pada 1951, dia menugasi Turenne Chevallereau untuk mencipta logo jenama fesyen yang diasas olehnya itu. Turenne mencedok inspirasi balapan lumba kuda sebagai simbol Longchamp dan hijau gelap menjadi rona utamanya. Berlanjutan ke masa kini, rona hijau tersebut masih ‘berdaftar’ dalam kepala kita dan sampai ke sudah memudahkan ingatan kita pada jenama Longchamp.
Pengarah artistik Longchamp, Sophie Delafontaine, ‘mengunci’ rona hijau itu sebagai tunjang ilham Longchamp musim luruh 2020. Kelahiran rona hijau sebagai tunjang ilham oleh Sophie pada musim luruh kali ini mengertikan macam-macam dan semuanya mencelup maksud yang bersifatkan positif. “GREEN is heritage, GREEN is timeless, GREEN is creativity, GREEN is energy, GREEN is fresh.”
Maka, dia memperhalusi ia dengan kebaharuan – yakni menyaingi Dark Green yang sudah sekian lama menjadi representasi legasi jenama Longchamp dengan rona hijau lain, yakni Green Light (ala hijau musim bunga) bagi menampilkan kebaharuan! Inilah yang dikatakan ‘lampu hijau’ atau ‘Green Light’, di mana memberi peluang serta ruang kepada Sophie, memberanikan dirinya dalam menukar rona hijau gelap yang sinonim dengan Longchamp, untuk menerbitkan kemudaan, gaya kontemporari dan membawa aturan tenaga yang berbeza.
Sungguhpun Dark Green dan Green Light sama-sama mencerminkan kesegalaan keluarga warna hijau Longchamp, namun Sophie tidak mengabaikan terus Dark Green yang sudah tersimpul erat sebagai legasi Longchamp. Dia faham warisan Dark Green yang kiranya sudah menghunjam ke dalam nilai artisanal Longchamp dan sememangnya takkan berubah arah. Tetapi dengan kehebatan Dark Green meluangkan tempat buat Green Light untuk bergabung tenaga, ia menghidupkan satu momentum baharu. Keracakan bercampur tradisi, lalu membuahkan kualiti yang distingtif.
Nafas baharu! Sniker Freeminder diberi ‘treatment’ Green Light
Beg Le Pliage ikonik yang sarat dengan motif tipografi ‘Longchamp’ berubah gayanya!
Apa pandangan anda?