Posted on July 2, 2020
Jika kamu penggemar kecantikan yang menggunakan 100 peratus bahan vegan, produk Natura adalah produk yang perlu kamu cari. Baru-baru ini, mereka lancar pembukaan stor pertama mereka yang terletak di Pusat Beli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur dan kami sesungguhnya begitu terpesona dengan dekorasi indah yang menempatkan ratusan produk yang dijual di sini.
Natura jenama kecantikan global yang diasaskan di Brazil semenjak 1969. Tujuan utama jenama ini memilih untuk memperluaskan lagi pasaran mereka dan memilih Asia sebagai destinasinya ialah kerana ia salah satu teras yang dipupuk jenama ini di mana mereka mahu menyampaikan impak positif ke serata dunia melalui produk mereka yang berkualiti tinggi.
Menurut Datin Minah Cheah-Foong, Pengarah Urusan InNature Berhad,
Kami amat berbangga kerana dipilih menjadi rakan perusahaan Natura dan menjadi yang pertama memperkenalkan jenama ini di Asia. Dan kami memilih Pusat Beli-Belah Mid Valley sebagai lokasi stor pertama. Lokasi yang menjadi tumpuan ramai membolehkan jenama ini diperkenalkan dengan lebih baik kepada pengunjung pusat beli-belah ini. Kami turut menyediakan servis analisis kulit dan rambut secara percuma sambil menikmati pengalaman indah melawat hutan Amazon menerusi pengembaraan AR (Augmented Reality) yang disediakan.
Antara rangkaian produk yang terdapat di Natura adalah seperti rangkaian Ekos, Chronos, Lumina, Mamãe e Bebê, Natura Homem serta rangkaian haruman yang dicipta khas menerusi kumpulan olfaktori Brazil.
Pengunjung bukan sahaja boleh melawat stor mereka di Mid Valley, tetapi juga boleh membeli menerusi atas talian atau menerusi Perunding Kecantikan yang diiktiraf Natura.
3 PRODUK NATURA PILIHAN STAIL.MY
Ekos Pataua Hair Straightening Oil RM85
Aqua Auto-Replenish Gel-Hydrator RM140
Ekos Castanha Nourishing Hand Cream RM49
Apa pandangan anda?