Posted on July 28, 2020
Apakah kamu tahu kewujudan muzium senibina hebat di dunia? Kami senaraikan tujuh muzium dunia dengan senibina yang sungguh out of the world.
Ketepikan seketika Guggenheim dan Louvre kerana ini memang sudah lama termaktub sebagai muzium dengan senibina hebat dan koleksi agung. Tetapi tujuh muzium yang kami senaraikan ini sendiri adalah hasil seni agung yang boleh kamu nikmati sebelum menjejak kaki ke dalam pun.
Museo Soumaya di Plaza Carso
MEXICO CITY, MEXICO
Museo Soumaya sepertinya menjadi highlight untuk kota Mexico. Bangunannya berkemilau (seolah-olah sisik ular) berbentuk anvil serta memiliki koleksi seni dari sejarah Mesoamerican hingga ke dunia moden. Ia memiliki dua bangunan tetapi tentulah yang lebih mendapat perhatian ialah bangunan barunya di Plaza Carso di mana koleksi utamanya dipindahkan pada 2011.
Bangunan sembilan tingkat ini diperbuat daripada 16,000 heksagon aluminium rekaan Fernando Romero yang bertumpu kepada rekaan-rekaan fluid. Muzium ini menjadi antara muzium paling banyak dilawati. Tentu juga kerana senarai koleksi A-list nya termasuk koleksi-koleksi seni Rodin. Kamu wajib melihat arca “The Thinker” – yang menjadi pameran kekal di sini.
Museum of the Future
DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES
Pembinaan muzium senibina hebat di Dubai ini terkenal sangat mencabar setakat ini. Museum of the Future ini dijangka buka pada musim luruh 2020. Menurut BBC News, elok-elok waktu World Expo berlangsung di Dubai pada Oktober 2020. Kota ini akan menyambut kehadiran muzium paling baru serta mungkin paling hebat pernah mereka miliki.
Rangka kerja muzium ini siap pada 2018 manakala hiasan dalamannya pula sedang disiapkan ketika ini. Banyak tertanya-tanya apakah bentuk bangunan muzium ini? Ada yang kata ia berbentuk mata tetapi kosong di tengah. Kekosongan ini seharusnya melambangkan masa depan yang tak tentu. Muzium ini akan terkandung pameran, tetaer dan tarikan bertema. Misi keseluruhan muzium ini ialah untuk menginspirasikan pengunjung mengimpikan masa depan lebih baik untuk diri sendiri dan juga dunia.
The Royal Ontario Museum
TORONTO, CANADA
Mesti lawat muzium terbesar di Kanada ini pabila kamu ke Toronto. The Royal Ontario Museum memaparkan pameran-pameran sini, budaya dunia dan sejarah semulajadi serta menarik pengunjung lebih satu juta orang setahun. Bangunan bersejarah ini terdiri daripada struktur asal dilengkapi pula dengan facade baru daripada kaca prismatik dan metal.
Menurut Studio Libeskind, firma arkitektur yang membuat projek ini, atrium persis kristal ini mempersembahkan cabaran rekaan unik menjadikan ia antara projek ‘muzium senibina paling complicated di Amerika Utara’. Selain penambah baikan berjuta-juta dolar, sebab lain untuk melawat muzium ini ialah kerana koleksi arkeologi spesimennya yang sungguh besar selain hasil-hasil seni dan rekaannya.
MAXXI National Museum
ROME, ITALY
MAXXI National Museum of 21st Century Arts memfokus pada seni dan arkitektur kontemporari. Setelah dibuka pada 2010, muzium yang direka Zaha Hadid ini memenangi anugerah Stirling Prize untuk senibina daripada Royal Institute of British Architects. Masuk ke dalam sahaja kamu akan berasa bagai berada dalam filem futuristik malah kapal Star Trek. Lihat sahaja gambar di bawah.
Kompleks besar ini terdiri daripada dua seksyen – ‘MAXXI Art’ dan ‘MAXXI Architecture’ – selain laman luar untuk kerja-kerja seni bersakala besar. Muzium senibina hebat ini juga sengaja direka dengan tangga-tangga dan laluan berjalan yang bertimpa-timpa untuk mencipta keterujaan dan suasana dinamik buat pengunjung. Ciri paling menonjol dalam muzium ini ialah dinding-dindingnya yang berlekuk dan tanga-tanga hitam. Sesuai dengan tema muzium ini mempamerkan seni kontemporari.
Milwaukee Art Museum
MILWAUKEE, UNITED STATES
Muzium yang terletak di Tasik Michigan, Milwaukee Wisconsin ini antara muzium seni terbesar di Amerika Syarikat. Milwaukee Art Museum menjadi rumah kepada hampir 25,000 kerja seni termasuklah koleksi ekstensif Georgia O’Keeffe. Ada tiga bangunan iaitu War Memorial Centre, Cudahy Gardens dan Quadracci Pavilion – struktur bangunan kaca ikonik yang dibuka pada 2001.
Siling kaca 90 kaki bangunan ini dilengkapi skrin berbentuk sayap yang dibuka dua kali sehari. Digelar Burke Brise Soleil, sayap ini dibuka jam 10 pagi, melebar waktu tengah hari dan ditutup pabila muzium tutup. Jambatan pejalan kaki berdekatan muzium ini menghubungkannya dengan kota.
MIHO Museum
KOKA, JEPUN
Muzium senibina hebat terakhir ini terletak di dalam hutan tebal Koka berdekatan Kyoto, Jepun. MIHO Museum menawarkan pengalaman unik arkitektur yang menggabungkan struktur binaan manusia bersatu dengan alam semulajadi di sekitarnya. Ia direka arkitek terkenal I.M. Pei, struktur besi dan kaca muzium ini direka untuk menonjol berlatar pemandangan panoramik pergunungan dan lembah di bawah.
Pengunjung akan berjalan menerusi terowong melengkung untuk sampai ke pintu muzium, iaitu satu-satunya struktur atas tanah di kompleks ini. Dalam usaha memelihara persekitaran semulajadi, 80 peratus daripada muzium ini terltak di bawah tanah. Pameran di MIHO sering berubah-ubah memfokus kepada hasil-hasil seni kuno dari Mesir, Rome dan Asia.
Apa pandangan anda?