Posted on September 23, 2020
Dalam dunia yang sedang lagi dilanda pandemik COVID-19 ini, saya boleh katakan semakin banyak jenama-jenama di luar sana tampil dengan idea-idea menarik untuk memastikan pendidikan produk mereka sampai kepada pelanggan mereka. Sama seperti Mamonde, jenama kecantikan popular dari Korea ini tampil dengan kelainanan menerusi kempen global terbaru mereka iaitu kempen yang bertemakan “Blossoming Life: Experience the Flower Energy”. Berkonsepkan Realiti Berperantara atau lebih dikenali sebagai Augmented Reality (AR) ini, bakal memberi pengalaman luar biasa buat kamu yang menyertainya.
Tidak perlu pun keluar rumah, segalanya boleh dilakukan mengikut keselesaan kamu serta pada bila-bila masa sahaja. Hanya akses pautan ini, https://blossominglife.mamondegarden.my/ di telefon pintar kamu, dan kamu sudah boleh melawat stor Mamonde secara realiti maya.
Pengalaman interaksi menerusi Realiti Berperantara ini telahpun bermula 16 September yang lalu. Pelanggan yang menyertai pautan ini akan dibawa berjalan mengelilingi ladang bunga kemudian di bawa masuk kedalam stor untuk diperkenalkan dengan tiga produk signatur dan terbaik daripada Mamonde. Tiga produk tersebut ialah Mamonde Rosewater Toner, Red Energy Recovery Serum dan Blue Chamomile Soothing Repair Cream.
Bukan itu sahaja, pelanggan turut dipersembahkan dengan informasi menarik seperti cara penggunaan, manfaat serta tip dan trik penggunaan produk Mamonde. Setelah itu, pelanggan diberi pilihan untuk sama ada ingin mendapatkan produk sample atau ingin terus membeli secara atas talian di Watsons.
Margaret Chin, Pengurus Negara Amorepacific Malaysia,
Dengan adanya platform AR ini, kami berharap dapat memberikan pengalaman berbeza kepada pelanggan kami. Di sini, kami ingin menjemput orang awam untuk menyertai perjalanan sensori bersama Mamonde untuk belajar serta mengetahui apa yang kami tawarkan kepada mereka tatkala sedanga lagi selesa bersantai-santai di rumah.
Selain daripada pengalaman AR, banyak lagi promosi menarik yang disediakan oleh Mamonde bersempena dengan kempen ini. Antaranya seperti, pelanggan akan menerima hadiah menarik jika mereka membeli produk Mamonde daripada stor-stor terpilih seperti Watsons Midvalley Megamall, One Utama Shopping Centre, Pavilion Kuala Lumpur, IOI City Mall, Aeon Kinta City Ipoh, Gourney Plaza Penang dan Mid Valley Southkey Johor Bahru.
Buat kamu yang memiliki keahlian Watsons, kamu juga akan menerima potongan diskaun ekstra 5 peratus jika kamu membeli salah satu daripada tiga produk signatur Mamonde yang kami kongsikan tadi. Dan jangan lupa, set kalendar kamu, bermula 25 hingga 28 September ini, Mamonde Super Brand Day akan bermula di mana promosi atas talian Watson akan dilakukan secara eksklusif buat jenama ini. Menawarkan diskaun sehingga 39 peratus berserta baucar diberikan jika kamu membeli produk Mamonde. Bukan itu sahaja dengan pembelian RM250 ke atas, pelanggan turut akan menerima hadiah istimewa berjumlah RM147.
Apa tunggu lagi, selamat membeli-belah!
Apa pandangan anda?