Posted on October 12, 2020
Membelakangi pusat membeli-belah komersial ternama Malaysia dan merintis jalan ‘segitiga emas’, Pavilion Hotel Kuala Lumpur terberumbun gah! Anjung besar yang terbentang jelas ‘PAVILION HOTEL’, disaingi lagi air pancut dan hiasan pokok-pokok, memesrai sudut yang menyempurnakan pandangan mata kita pada suasana metropolis Kuala Lumpur.
Pavilion Hotel Kuala Lumpur menjadi lokasi pilihan STAIL untuk penggambaran isu September lepas. Penggambaran fesyen isu September yang menampilkan Daiyan Trisha itu dijalankan di beberapa tempat di dalam Pavilion Hotel Kuala Lumpur. Bilik suite presiden yang berkeluasan 3,424 kaki persegi, yang dilengkapi ruang tamu luas, ruang makan serta pejabat peribadi dijadikan sebagai lokasi utama penggambaran, selain bahagian lorong ke bilik-bilik hotel, lobi dan tanda tempat tembok dengan terjunan air yang terletak di halaman luar hotel.
Bahagian halaman luar Pavilion Hotel (atas) & kolam renang infiniti (bawah) dengan panorama kota Kuala Lumpur!
Di balik konkrit dan kaca Pavilion Hotel Kuala Lumpur ini, ia lebih daripada sekadar tempat menginap atau tumpangan bermalam sahaja. Buat yang mengenal Pavilion Hotel Kuala Lumpur yang diuruskan oleh Banyan Tree, ia digelar city oasis atau oasis kota. Oasis yang juga satu eskapisme di tengah-tengah keributan Kuala Lumpur. Oasis kota Pavilion Hotel Kuala Lumpur kini kembali – setelah keadaan pandemik lebih terkawal – lantas menyambung rindu pada oasis ini yang terasa lama tertangguh. Oasis kota yang umpama sanktuari atau lindungan selamat ini muncul semula dengan tawaran-tawaran menarik, baik untuk staycation, tempahan makan malam, mesyuarat, memanjakan diri di spa mahupun untuk mendapatkan produk-produk utama spa!
TAWARAN ISTIMEWA ‘OASIS’ PAVILION HOTEL KUALA LUMPUR
Bilik-bilik Pavilion Hotel Kuala Lumpur : Club Grand Oasis (atas), Club City Oasis (tengah) & Urban Studio (bawah)
Sekembali beroperasi, Pavilion Hotel Kuala Lumpur menawarkan pakej istimewa buat si penggemar staycation atau mereka yang tak berkesempatan untuk bercuti jauh. Pakej tersebut adalah The Limited Time Offer dengan harga satu bilik serendah RM 370 untuk satu malam. Ia termasuklah sarapan pagi, potongan 20% untuk makan malam di semua tempat makan malam di Pavilion Hotel dan potongan 30% untuk produk-produk utama Banyan Tree. Yang menariknya lagi adalah keistimewaan membeli-belah Hotel Guest Rewards di butik-butik terpilih di Pavilion Kuala Lumpur Mall. Durasi untuk menempah bilik pakej The Limited Time Offer bermula dari sekarang sehinggalah 31 Januari 2021 dan durasi untuk penginapan pula bermula dari sekarang sehingga 30 Jun 2021.
Bilik mandi Urban Studio (atas) & Club Grand Oasis (bawah)
Daripada pakej staycation, beralih ke pakej istimewa buat yang mahu membawa satu famili menginap di Pavilion Hotel Kuala Lumpur! Pakej Sense of Family diperkenalkan dengan menempah dua bilik dan potongan 70% best available rates (BAR) akan diberikan kepada tempahan bilik yang kedua tersebut. Keistimewaan lain sama seperti The Limited Time Offer – yakni sarapan pagi, potongan 20% untuk makan malan di semua tempat makan malam di Pavilion Hotel, potongan 30% untuk produk-produk Banyan Tree serta ganjaran eksklusif membeli-belah Hotel Guest rewards. Durasi tempahan serta penginapan pun sama, di mana durasi tempahan bermula sekarang sehingga 31 Januari 2021 dan durasi penginapan bermula dari sekarang sehingga 20 Jun 2021.
Restoran all-day dining, The Courtyard yang terletak di aras 8
The Courtyard, restoran all-day dining yang signifikan buat Pavilion Hotel Kuala Lumpur, turut membuka semula pintunya bukan sahaja untuk yang menginap di hotel, malah juga pengunjung-pengunjung umum! Seperti lazim, The Courtyard menampilkan Buffet Lunch yang membariskan juadah-juadah bercirikan kemalaysiaan. The Courtyard kini dibuka dengan kepatuhan S.O.P atau tatacara pengendalian piawai serta mengikut protokol kebersihan tertentu dan ia memperkenalkan perkhidmatan pelayan – yang akan membawa makanan juga minuman – kepada pengunjung-pengunjung, bagi mengurangkan kontak fizikal. The assisted Buffet Lunch di The Courtyard ini berharga harga RM 102 setiap seorang tanpa bottomless drink, manakala buat mereka yang mahu bottomless drink, hanya perlu membayar harga buffet sebanyak RM 128. Dan tak lupa juga, Fisherman’s Buffet yang membariskan makanan-makanan laut premium!
All-day dining buffet yang menampilkan juadah-juadah bercirikan makanan Malaysia
Pada masa sama, Pavilion Hotel Kuala Lumpur menawarkan potongan 30% yang dilanjutkan sehingga 30 Oktober ini untuk semua makan minum di The Courtyard dan Whiskey Cove.
Whiskey Cove yang terletak di aras 7M
TAWARAN SAFE SANCTUARY & BANYAN TREE SPA
Bilik mesyuarat di Pavilion Hotel Kuala Lumpur
Di samping menikmati keistimewaan ganjaran bilik penginapan dan restoran, Pavilion Hotel Kuala Lumpur turut menampilkan sekali tawaran istimewa Safe Sanctuary serta spa Banyan Tree. Ia memperkenalkan Safe Sanctuary Meeting Packages untuk tetamu-tetamu atau pengunjung-pengunjung yang merancang untuk mengadakan perjumpaan atau mesyuarat di bilik-bilik mesyuarat Pavilion Hotel Kuala Lumpur. Bagi memastikan kelancaran perjumpaan atau mesyuarat, pihak pengurusan Pavilion Hotel Kuala Lumpur tidak mengabaikan faktor-faktor utama seperti persekitaran kondusif, keselesaan tetamu, malah menyediakan bantuan perancang majlis professional dalam menguruskan hal-hal keselamatan dan peraturan protokol. Perancang-perancang majlis profesional yang disediakan oleh pihak hotel ini turut memberi perhatian ke atas pensanitasian kawasan atau dalam bilik mesyuarat dan juga penerapan penjarakan sosial. Buat yang mahu mengadakan persidangan, perjumpaan atau mesyuarat di Pavilion Hotel Kuala Lumpur, nikmati Safe Sanctuary Meeting Packages yang bermula pada harga RM 170 untuk setiap seorang.
Banyan Tree Retail Shop
Menyentuh fasal spa pula, sudah tentu Pavilion Hotel Kuala Lumpur tidak melupakan tawaran istimewa Banyan Tree Retail Shop dan banyan Tree Spa. Di hotel inilah terdapat Banyan Tree Retail Shop yang eksklusif – yang membariskan kesemua produk-produk utama Banyan Tree ; daripada gel mandi ke syampu, losyen sehinggalah minyak urut yang digunakan di Banyan Tree Resorts dan Spa. Banyan Tree Retail Shop menawarkan potongan sebanyak 75% untuk semua produk-produk penjagaan badan dan potongan 30% untuk aksesori-aksesori utama Banyan Tree, yang dilanjutkan sehingga 30 November ini. Banyan Tree Spa yang terletak di aras 53 di Pavilion Hotel Kuala Lumpur pula menawarkan rawatan spa sebanyak 20% buat semua pengunjung.
PENSANITASIAN KAWASAN, BILIK & S.O.P YANG MENJADI NORMAL BAHARU PAVILION HOTEL KUALA LUMPUR
Pihak Pavilion Hotel Kuala Lumpur memandang berat hal-hal seperti pensanitasian kawasannya, serta bilik-bilik utama. Setiap pekerja juga diminta memakai pelitup muka & pakaian perlindungan setiap kali berurusan dengan pengunjung. Malah, Pavilion Hotel turut menegaskan S.O.P atau tatacara pengendalian piawai.
Apa pandangan anda?