Posted on October 26, 2020
“Move amateurs!” Pekik Gale Weathers dalam Scream 4, si wartawan senior yang taasub dengan pembunuhan di Woodsboro. Wajahnya selalu memancarkan keterujaan, menggugah harapan bilamana berlakunya pembunuhan berancang Ghostface. Apalagi kerana kegemparan itu mensensasikan headline serta jualan bukunya. Itulah Gale, salah seorang original trio dalam francais filem slasher, Scream, yang dilakonkan oleh Courteney Cox.
Pada kesempatan hari Halloween yang makin mendekati dan juga filem Scream reboot baharu sedang dalam penggambaran sekarang, masakan kami tidak mahu mahu bercakap tentang apa-apa sahaja yang ada sangkut pautnya dengan filem seram, horror, thriller dan slasher, kan. Jika diikutkan kehendak hati, pabila bercakap sahaja fasal filem horror, lebih-lebih lagi filem Scream, boleh ‘gencar’ atau bertunda-tunda bicaranya. Lol!
Sebagai seorang horror aficionado, lazimnya sebelum-sebelum ini, bila menjelangnya hari Halloween, pasti senarai ‘Filem Horror Paling Stailish’ atau ‘Watak-watak Stailish Dalam Filem Horror’ menjadi topik. Tetapi kali ini, bicara ini bertopikkan Gale Weathers, antara watak utama dalam francais filem Scream. Mengulang perenggan di atas, kerana bersempena ‘merai’ filem Scream baharu yang sedang dalam pemfileman – yang kini diarahkan oleh Tyler Gillett dan Matt Bettinelli-Olpin – dan bakal ditayangkan pada Januari 2022 nanti! Dan mengapa Gale secara spesifiknya, memerangkap pemerhatian kami? Kerana Gale sebenarnya adalah watak paling stailish, yang melambangkan ‘keperkasaan wanita’ dalam francais filem Scream.
Daripada filem Scream yang pertama ke Scream 2, ke Scream 3 dan Scream 4, watak Gale konsisten – well, selain watak Dewey yang senantiasa memakai uniform syerif. Bilang kali dalam permulaan setiap filem Scream dan bila watak Gale dipertontonkan, dia akan dilihat menggayakan seragamnya : sut dress, pantsuit dan dress formal, dalam rona senada atau rona-yang-tidak-lebih-daripada-dua-rona. Bersandarkan kefahaman biasa atau apa yang tersurat, memanglah Gale digayakan sebegitu rupa. Atas dasar wataknya seorang wartawan yang tegas, bekerja dalam lapangan yang formal atau serius and a person who wants everything their ways.
Menurut pereka kostum dan penata gaya filem Scream, Cynthia Bergstrom, setiap watak dalam filem tersebut digayakan mengikut personaliti masing-masing. Bila mengamati watak Gale yang tegas, degil, rakus dan terkadang ego itu, Cynthia terus memikirkan pakaian-pakaian seperti sut, sut dress atau dress formal yang berona senada cocok untuk watak Gale. Sesetengah orang barangkali lihat gaya tersebut agak bosan kerana ia sekadar sut, dress dan berona senada. After all, itulah lambang sepasang sut atau kod dress formal sebenarnya, yang sering dikaitkan dengan aspek power dressing dan ia mencerminkan kekuasaan atau autoritatif.
Cynthia mengambil kefahaman klise tersebut, disalurkan pada watak Gale dan dia berani mengubahnya sedikit. Yakni dari segi rona pemakaiannya. Ya, ia masih lagi senada tetapi rata-ratanya berona terang. Bukan serba hitam atau kelabu. Sebaliknya, Cynthia menggayakan Gale dalam sut dress berona hijau chartreuse, kuning lemon, merah serta ungu ala-ala violet atau raspberi gelap. Mengapa Cynthia memilih rona-rona sebegitu kerana dia mahu mengeluarkan karakter Gale yang gilakan perhatian dan mahu semua mata tertumpu padanya. Cetusan idea Cynthia ini berkesan kerana penggayaan Gale sampai ke sudah pengikut-pengikut filem horror ingat, terutama sekali sut dress berona hijau chartreuse yang Gale pakai dalam filem Scream pertama.
Sehinggakan apakala ada parti kostum dan ada yang memakai kostum seperti sut dress berona hijau chartreuse atau merah, orang terus kenal ia adalah inspirasi daripada watak Gale.
Kiranya, hasil penataan gaya atau kostum Cynthia berjayalah juga. Namun, untuk filem reboot Scream yang baharu nanti, Cynthia tidak lagi berperanan sebagai pereka kostum. Ia kini diselia oleh Emily Gunshor yang pernah menata gaya dan kostum untuk filem Halloween. Sungguhpun diambil alih, bagai boleh ‘hidu’ penghormatan Emily buat filem Scream yang pertama. Di mana minggu lepas, gambar pembikinan filem reboot Scream baharu surface di internet dan terlihat Courteney Cox yang memegang watak Gale mengenakan pantsuit serba merah atas bawah. Berdasarkan gambar tersebut, pantsuit berona merah itu seperti mengetuk kepala kita dan teringatkan gaya sut dress merah Gale dalam babak finale Scream yang pertama, bukan?
Walau filem seram atau horror pun, bukannya filem fasal fesyen dan bukannya siri Emily In Paris, sebetulnya amat penting memikirkan aspek stail atau fesyen dalam menghidupkan setiap watak. Kerana kostum atau penataan gaya yang stailish-lah antara yang membantu menjadikan filem seram atau horror itu ikonik, di samping watak si penyangak atau si durjana yang selalunya signifikan dalam penceritaan.
Gambar pembikinan filem reboot Scream (2020, gambar atas) yang ‘surface’ & tular baru-baru ini. Terlihat Courteney Cox yang memegang watak Gale Weathers mengenakan pantsuit serba merah atas bawah termasuk rona kasutnya sekali, yang ditata gaya oleh Emily Gunshor. Ada yang mengatakan ia adalah penghormatan buat ‘look’ Gale dalam filem Scream pertama (1996, gambar bawah) yang turut menggayakan sut dress berona merah penuh & ditata gaya oleh Cynthia Bergstrom.
Apa pandangan anda?