Posted on November 9, 2021
Bibir Victoria Beckham cantik dan terbentuk pada setiap masa. Apakah rahsianya yang boleh kamu cuba sendiri? Baca full lip tips menurutnya…
Banyak wanita yang mahukan bibir penuh seperti Angelina Jolie. Kalau tak, taklah klinik-klinik estetik diserbu wanita-wanita kota merujuk kepada bibir Jolie ketika berbincang dengan dokto-doktor estetik. Kerana bagi kita, bibir penuh itu lambang seksi. Bukan sahaja ia akan menarik perhatian pasangan atau lelaki, tetapi bagi sesetengah kita ia memberi keyakinan diri.
Victoria Beckham pula belajar mencipta efek bibir penuh daripada temannya Lisa Eldridge. Malah dalam satu video tutorial bersama jurumekap ini, Beckham berkongsi trik bijak untuk menampakkan bibirnya seperti penuh.
Full Lip Tips Victoria Beckham
Beckham memulakan dengan menyapu Victoria Beckham Beauty Bitten Lip Tint dan Lip Definer. Katanya tentang menggunakan Lip Tint, “Apa yang saya buat untuk nude lip saya ialah ambil Bitten Lip Tint dan sapukan dulu. Saya rasa saya akan dapat buat garis bibir yang lebih sempurna kalau saya buat pada bibir kering and it really does suck up the product.”
Lip Liner Gucci Beauty
Lip Definer yang juga lip liner pula yang akan membuat bibir nampak lebih penuh. “Saya akan sapukan di luar sikit daripada garis bibir. Tapi saya juga takkan lupakan bahagian dalam garis bibir,” katanya. “Di bahagian bow bibir saya pula setelah mendapat bentuk sempurna, saya akan tambah satu garis lurus padanya untuk menampakkan bibir lebih penuh.”
Perincian yang kecil tetapi memberi perbezaan yang ketara.
Apa pandangan anda?