Selalu rasa sakit setiap kali membuang air kecil? Disebabkan itu, mungkin ada yang akan fikir ia adalah antara simptom batu karang!
Ya, kamu mungkin tidak silap kerana ketidakselesaan ini antara petanda yang wajar diperhatikan untuk penyakit ini.
Selain itu juga, sebenarnya wujud beberapa lagi tanda tanda sakit batu karang yang lain seperti yang kami akan nyatakan di bawah.
Jadi jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkan di sini.
Apa itu batu karang?
Untuk pengetahuan kamu, penyakit batu karang atau turut dikenali sebagai renal calculi adalah kondisi di mana wujud jisim pepejal berupa seperti kristal.
Jisim ini kebiasaannya berasal daripada buah pinggang namun boleh berkembang dan terjadi pada mana-mana tempat sepanjang saluran air kencing.
Antara bahagian yang kerap membentuk batu karang ini adalah organ buah pinggang, pundi kencing, ureter dan uretra.
Terdapat 4 jenis batu yang berbeza boleh berlaku pada sekitar organ urologi kamu termasuklah:
- Batu kalsium
- Batu struvite
- Batu cystine
- Batu asid urik
Walau apapun jenisnya, ia tetap akan mengakibatkan rasa sakit yang keterlaluan terutamanya ketika sedang membuang air kecil.
Pun begitu, bukan itu sahaja simptomnya kerana wujud lagi beberapa tanda tanda batu karang lain yang wajar diperhatikan.
Apa simptom penyakit batu karang?
Sekiranya kamu menghidap keadaan kesihatan ini, sudah tentu gejalanya juga akan melibatkan organ-organ urologi penderita.
Berikut adalah tanda-tanda sakit batu karang yang mungkin akan berlaku pada kamu:
#1. Kesakitan pada sekitar alat sulit
Kesakitan yang dinamakan sebagai renal kolik ini adalah rasa sakit yang keterlaluan dan kerap dibandingkan dengan proses kelahiran bayi.
Ia akan berlaku pada kawasan di mana batu karang itu terbentuk termasuklah organ buah pinggang, pundi kencing, ureter atau uretra.
Ia disebabkan oleh pergerakan batu ini yang akan mula memasuki kawasan sempit lantas mengakibatkan penyumbatan pengaliran air kencing.
Kesakitan ini juga dikatakan turut akan melibatkan pelbagai kawasan sekitar yang lain termasuklah pada ari-ari, perut, pinggang dan punggung.
#2. Kesakitan semasa membuang air kecil
Ini gejala yang paling umum dan biasa, penderita mungkin akan mengalami rasa sakit yang keterlaluan ketika sedang kencing.
Turut dikenali dengan nama disuria, ada pelbagai sebab yang menyebabkannya termasuklah pembentukan batu karang pada organ urologi tertentu.
Sekiranya kamu tidak tahu bahawa wujud batu dalam organ urologi, maka kamu mungkin akan menyangka ia adalah jangkitan salur air kencing.
Disebabkan itu, kalian juga perlu lihat sama ada wujud atau tidak tanda tanda batu karang yang lain berlaku pada kamu.
Robiul Islam
March 31, 2022I think thats right