Posted on May 28, 2021
Jenny Beavan, pemenang dua kali anugerah Rekaan Kostum Oscar adalah Cruella costume designer. Jelas dia begitu seronok dalam mencipta look-look bukan sahaja untuk watak Estella Cruella tetapi juga Baroness von Hellman. Mungkinkah kerana tema punk rock 70-an itu begitu dekat di hatinya?
Filem Cruella sedang ditayangkan di seluruh dunia ketika ini. Ia mengisahkan tentang asal-usul kejadian watak Cruella de Vil yang sangat terkenal dalam novel 1956, The Hundred and One Dalmations. Dia ialah seorang wanita kaya asal London yang mengada-ngada dan glamor. Watak ini kemudian dikembangkan dalam filem animasi Walt Disney, 101 Dalmation pada 1961. Glenn Close kemudian memegang watak ini dalam filem 101 Dalmations (1996) dan 102 Dalmations (2000).
Cruella (2021) memaparkan Emma Stone (yang juga penerbit eksekutif) memgang watak Cruella atau nama asalnya Estella, yatim piatu gila fesyen yang hidup di London era 70-an. Dia bertemu dengan Baroness von Hellman (lakonan Emma Thompson), nemesis nya seorang pereka ikonik. Dari situlah Estella membentuk karakter jahatnya sehingga menjadi Cruella.
Pengarah filem ini Craig Gillespie meminta Cruella costume designer, Jenny Beavan untuk mereka kostum watak Cruella dan Baroness von Hellman. Beavan, pemenang anugerah Best Costume Design dua kali Oscar tentunya suka sangat menyahut cabaran ini dan mereka 47 kostum untuk Cruella dan 33 helai untuk Baroness von Hellman – projek terbesar pernah Beavan laksanakan.
Saya membesar di era 70-an, jadi saya ingat kebanyakan perasaan era itu dan look-look nya. Tempat kami selalu mendapatkan helaian-helaiannya seperti di Portobello dan pasar vintaj misalnya. Jenny Beavan
Dia banyak mengambil bentuk-bentuk di era itu seperti pinggang kecil, kembang-kembang meleret dan oversize lapels. “Saya juga fikir kalau saya keterlaluan dalam mengambil bentuk-bentuk 70-an, ia akan kelihatan lebih kepada kostum berbanding baju-baju harian biasa,” kata Beavan lagi.
Untuk watak Cruella, Beavan banyak berpegang pada palet warna trademark kelabu dan merah. Kontras kepada rambut berapi untuk Estella waktu muda yang mengambil estetika DIY punk daripada penyanyi new wave Jerman, Nina Hagen. Baroness pula diberi look yang lebih old-fashion, inspirasi Dior dengan rona-rona hangat seperti coklat dan emas dilengkapi aksesori seperti turban, taffeta dan duchess satin yang senang dibentuk-bentuk.
Cruella Costume Designer Tentang Look-look Cruella
Salah satu malam gala dalam filem ini ialah Black and White Ball anjuran Baroness. Cruella hadir memakai dress merah yang dibeli di thrift store. Ia dipakai bersama cape putih yang kemudian terbakar mempamerkan dress merah. Kemudian dia menyarung dress bervolum diperbuat daripada surat khabar yang melaporkan persengketaan antara dia dan Baroness. “I love making that dress,” kata Beavan.
Satu lagi look yang dipakai oleh Cruella ialah dress labuh dengan train oversize sewaktu dia berdiri di atas kereta Baroness. “Pada satu sektika saya lihat ada 12 orang – pelajar dan pelatih – menjahit tangan kelopak pada train dress ini,” kenang Beavan tentang proses pembuatan semua kostum filem Cruella di Shepperton Studios.
Apa pandangan anda?