Posted on August 8, 2022
Bangkok menjadi kota pertama (juga babak pertama) yang dipaparkan dalam filem The Gray Man lakonan Ryan Gosling yang juga duta jenama TAG Heuer. Pencahayaan merah dan kehidupan malam di Bangkok membuat kami yang menonton merasa teruja. Kerana itu juga kota metropolitan ini dipilih menjadi destinasi premier filem Netflix ini untuk rantau Asia Tengggara. Media dan influencers dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan tentunya dari Thailand berkumpul di Bangkok untuk sama-sama menjadi antara yang pertama (tiga hari sebelum ia ditayangkan di Netflix) menonton filem ini!
Park Hyatt menjadi hotel penginapan selama kami di Bangkok. Sungguh mudah kerana ia berhubung terus dengan Central Embassy di mana premier filem The Gray Man berlangsung. Filem ini mengisahkan tentang pembunuh upahan, Court Gentry atau Sierra Six (Ryan Gosling) yang cuba menumpaskan konspirasi menjatuhkan agensinya serta menyelamatkan anak perempuan ketua agensinya. Latar pelbagai kota yang biasa kita tonton dalam filem-filem aksi seperti ini menjadi formula yang sama digunakan adik-beradik Russo (Joe dan Anthony) untuk The Gray Man. Selain itu, konflik dalam agensi dan cubaan membunuh agen upahan tetap dijadikan tema.
Parti Selepas Premier The Gray Man di Penthouse
Bagi meraikan premier filem ini di Bangkok, TAG Heuer mencipta kembali babak pertama kota Bangkok dalam The Gray Man di Penthouse Bar + Grill di tingkat 34 Park Hyatt Hotel. Latar hitam dan pencahayaan merah memenuhi ruang parti. Di beberapa sudut, tetap dengan pencahayaan merah – influencers dan tetamu undangan boleh mengabadikan foto atau video. Aras bawah ditempatkan konsul DJ dan paparan jam-jam tangan TAG Heuer dalam bekas kaca. Aras atas yakni rooftop pula menjadi tempat tetamu berkumpul dan berbual di sofa-sofa yang disediakan sambil menikmati canapes dan minum.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Beatrice Goasglas, Pengarah Urusan TAG Heuer S.E.A, Australia dan Korea. Katanya,
Ryan as Sierra Six never stops challenging himself, he is the perfect match for the TAG Heuer Carrera, a subtle mix of action, performance, elegance and style.
“Melihat jam tangan ikonik ini di atas layar lebar juga menjadi momen yang sangat bermakna buat kami,” sambung Goasglas lagi. Selepas ucapan, parti diteruskan dengan hiburan daripada DJ Burtong dan tetamu menari di lantai dansa.
Oh walaupun Ryan Gosling tidak ada di Bangkok namun premier tertutup ini tetap dihiasi dengan kehadiran selebriti dan influencers dari seluruh Asia Tenggara. Antara nama-nama besar yang hadir pada malam itu termasuklah Maia Estianty, Al Ghazali, Nine Naphat, Jame Jirayu, David Guison, Rosalyn Lee, Edward Russell dan Iman Fandi.
Carrera Three Hands di Pergelangan Tangan Ryan Gosling
Sedang dalam Sierra Six dikejar di seluruh dunia, peneman setianya tentulah jam tangan TAG Heuer Carrera Three Hands pada pergelangan tangannya. Dia juga mengatasi pelbagai cabaran melambangkan moto TAG Heuer, “Don’t crack under pressure”. Carrera Three Hands asalnya dicipta pada 1963 untuk lapangan lumba tetapi hari ini sempurna pula untuk agen bertaraf dunia di mana ciri elegan dan fearlessness berganding bahu, sama dengan karakter Gosling.
Apa pandangan anda?