Posted on October 15, 2023
Di bawa oleh Artist-in-Residence pertama Skechers yang dinamik, Doja Cat dan duta jenama Skechers serantau iaitu Cha Eun Woo, koleksi baru Skechers ini memperlihatkan manifestasi gabungan berani warna, klasik dan bergaya!
Skechers The Uno is finally here! Menggabungkan keselesaan yang tiada tandingan dengan warna yang berani, Skechers, sebuah syarikat teknologi keselesaan kasut dan peneraju global dalam gaya hidup terkini, dengan bangganya memperkenalkan koleksi kasut gaya hidup yang dinanti-nantikan, Skechers The UNO – khas untuk semua lelaki dan wanita. Koleksi ini boleh didapati dalam tujuh warna yang menawan, setiap satu direka untuk menawarkan pengalaman selesa ketika berjalan kaki dengan sentuhan warna vibrant yang menarik perhatian – sesuai dengan pelbagai fesyen pakaian.
Diperkenalkan secara global oleh Artist-in-Residence pertama Skechers, Doja Cat, yang membintangi Y2K cyberpunk serta kempen ‘Doja Cat vs Doja Cat’ yang diinspirasikan oleh anime, kempen video serantau bertajuk ‘For Your Every Scene’ ini menampilkan duta jenama serantau Skechers dan bintang terkenal dari Korea, Cha Eun-woo. Beliau juga secara rasminya membuat penampilan sulungnya bersama Skechers. Terdapat dalam pelbagai warna berwarna termasuk Off-White, Hitam, Merah, Lime Green, Biru Tua, Hot Pink dan Blush, semua kasut dalam koleksi ini diperbuat dalam rangkaian teknologi kasut termaju Skechers, termasuk insole berkusyen selesa Skechers Air-Cooled Memory Foam dan Skech-Air visible air-cushioned midsole yang membuat pemakai merasa seronok ketika menggayakan kasut.
Skechers The UNO Collection
Manjakan kaki anda dengan keselesaan luar biasa dengan koleksi Skechers The UNO baharu.
Menampilkan bahagian atas dengan sintetik berlubang yang licin, reka bentuk kasut fesyen bertali klasik ini boleh didapati dalam lima warna untuk lelaki, termasuk merah dan lime green; Bagi versi untuk wanita, kasut ini didatangkan dengan wedge fit insole tersembunyi berukuran 1 inci untuk memberikan ketinggian tambahan kepada pemakai dan meningkatkan tahap keselesaan. Boleh juga didapati dalam warna blush hue – kasut sporty bertali klasik untuk wanita ini mempunyai bahagian atas dengan durabuck sintetik, hiasan metallic di bahagian belakang kasut beserta tali kasut yang stretchy. Dengan reka bentuk versatil, koleksi The Uno dalam tona blush hue ini mampu menyerlahkan pelbagai jenis fesyen di dalam pelbagai majlis, membuatkan pemakai kelihatan sentiasa fashionable!
Selain blush hue, bersedialah untuk menggayakan The Uno siang atau malam, dengan warna vibrant yang berani. Boleh juga didapati dalam warna neon lime green dan hot pink – khas buat wanita yang berani dalam mengekspresi diri serta personaliti mereka dengan pemakaian kasut The Uno.
Skechers The UNO Collection: For Your Every Scene, Lakonan Cha Eun-woo
Kempen video bertajuk ‘For Your Every Scene’ yang membintangi Skechers Regional Brand Ambassador dan pelakon Korea, Cha Eun-woo, mempamerkan Skechers The UNO collection terbaharu, sepasang kasut yang boleh dipakai dengan selesa dalam apa jua keadaan. Dengan tujuan untuk memberi inspirasi kepada pencinta snikers untuk menjalani kehidupan dengan gaya dan keselesaan, video ini dimulakan dengan langkah yakin Cha Eun-woo ke arah lif, memberi tona dan vibe yang menarik. Berpakaian dalam jaket Skechers Varsity yang bergaya dengan suara latar Cha Eun-woo, menyerlahkan detik elevator-entrance yang spontan dan bergaya. Peralihan itu kemudiannya mendedahkan transformasi Cha Eun-woo daripada pakaian kasual kepada separa kasual, pemakaian blazer dengan baju-T Skechers untuk menunjukkan gabungan gaya dan keselesaan Skechers dalam kehidupan seharian. Sepanjang kempen, video ini menekankan keyakinan, karisma Cha Eun-woo dan gaya hidup effortless dengan kepelbagaian koleksi Skechers The UNO.
Kempen ini juga telah dilancarkan serentak di Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong, Filipina, Indonesia dan Vietnam. Selain itu, kempen ini akan muncul dalam pelbagai media dan platform pemasaran termasuk secara online, media sosial serta iklan in-store dan outdoor.
Gayakan sepasang koleksi Skechers The UNO dan ciptakan semula gaya peribadi anda tanpa menjejaskan keselesaan. Harga RM399 setiap satu pasang, koleksi penuh Skechers The UNO kini boleh didapati dan dibeli secara online melalui laman web www.skechers.com.my, Shopee dan Lazada. Jika anda ingin melihat koleksi penuh Skechers The Uno secara peribadi, lawati concept-store Skechers yang terpilih termasuk di pusat membeli-belah 1 Utama, Suria KLCC dan banyak lagi.
Apa pandangan anda?