Buat kamu yang tidak tahu, Movember adalah sebuah kempen yang diadakan pada setiap bulan November untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan lelaki. Menerusi kempen ini, para lelaki digalakkan untuk menyimpan misai sebagai tanda sokongan.
Tujuan utama Movember adalah untuk menyokong penyelidikan mengenai kanser prostat, kanser testis serta isu kesihatan mental. Kempen ini disambut secara meluas di seluruh dunia, ada juga pelbagai aktiviti diadakan seperti larian atau acara pengumpulan dana untuk mengumpul sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Tidak kira bagaimana caranya kamu mahu meraikan Movember, apa kata lakukanya dengan bergaya bersama kasut daripada Larrie yang selesa untuk setiap langkahan tanpa mempertaruhkan gaya.
Tiga kasut pilihan kami
Larrie Men New Ultimate Fashion Comfort Backless Sneakers
Mahukan sneakers yang mudah disarung dan menjamin keselesaan? Larrie Men New Ultimate Fashion Comfort Backless Sneakers adalah pilihan yang tepat buat kamu!
Ia hadir dengan dua pilihan warna yakni putih dan juga kelabu. Kasut ini sangat mudah digayakan – ia sempurna untuk gaya kasual harian. Paling penting kamu dapat beraktiviti secara bebas dan selesa sepanjang hari!
Harus diingat, pemilihan kasut yang tetap adalah penting dalam memastikan kesihatan kaki kamu terjamin. Jadi, jangan sesekali ambil mudah akan perihal kasut yang sesuai buat kamu.
Larrie Men Vintage Classice Lace Up Sneakers
Larrie Men Vintage Classice Lace Up Sneakers adalah sepasang kasut yang menyerlahkan aura classy. Sentuhan vintage pada kasut ini menjadikan ia ‘malar segar’ – biarpun kamu gayakannya untuk beberapa tahun kedepan ia tetap terlihat sempurna dan mampu melengkapi gaya kamu.
Kasut ini juga mampu menyerlahkan gaya si pemakai – cukup dengan padanan bersama t-shirt polos sudah cukup untuk membuatkan kamu terlihat berkarisma dan bergaya.
LR Larrie Men Modern Smooth Wing Tip Office Wear
Merancang untuk raikan Movember dengan acara rasmi? Mungkin makan malam formal bersama teman-teman? Apa yang kamu perlukan adalah sepasang kasut formal berwarna hitam yang sleek dan elegan.
LR Larrie Men Modern Smooth Wing Tip Office Wear merupakan pilihan paling ideal dan sempurna. Ia hadir dengan PU Insole yang lembut dan selesa buat dipakai untuk jangka masa panjang. Jadi, bolehlah kamu tampil yakin dan bergaya tanpa sebarang ketidakselesaan pada kaki.
Kesemua pilihan kasut Larrie tersedia buat pembelian melalui stor mereka di Lalaport, Mitsui dan Alamanda. Jika kamu lebih selesa untuk membuat pembelian secara atas talian, silakan untuk klik pautan di SINI.
Jangan lupa juga untuk ikuti Instagram rasmi Larrie untuk mengetahui sebarang promosi terkini dan rekaan terbaru yang mereka tawarkan.
Apa pandangan anda?