Posted on December 16, 2021
Entah mengapa hampir semua And Just Like That review yang saya baca di media soaial dan laman-laman web, rata-rata memberi komen negatif atau ada sahaja yang tak kena. Saya terfikir, apakah ini strategi yang dirancang agar viewership siri sekuel Sex And the City ini melonjak naik? Mungkin tidak ada satu pun yang menulis tentang kebaikan siri sekuel ini. Saya pelik, kerana bagi saya hal yang sebaliknya terjadi…
Andai kata reviu-reviu negatif yang ditulis memang sengaja dijadikan strategi untuk lebih ramai orang menonton, berjayalah mereka kerana pada awalnya saya juga tidak bercadang untuk menonton siri ini apalagi pabila mereka mengumumkan bahawa watak Samantha (lakonan Kim Katrall) akan digugurkan. Tetapi kerana saya sendiri ingin tahu apa benar siri ini tidak elok seperti tulisan-tulisan yang diterbitkan, maka saya tonton juga dua episod pertama And Just Like That.
Antara yang disebut-sebut sebagai sebab siri ini tidak digemari termasuklah kerana ketiadaan watak Samantha. Ya, peminat fanatik watak Samantha semestinya benci dengan kehilangan watak ini dalam siri sekuel ini. Sarah Jessica Parker juga turut disalahkan kerana menjadi punca pergeseran dengan Kim (Katrall) terjadi lantas membuat Kim memutuskan untuk tidak menyertai siri sekuel ini. Siri ini pula sememangnya sangat sinonim dengan empat watak utamanya. Jadi siri baru ini seperti tidak sempurna tanpa kehadiran Kim.
Sebelum siri ini keluar lagi, banyak juga yang menulis tentang stail watak-watak utamanya yang dikatakan tidak lagi sehebat musim-musim terdahulu dan dua filemnya. Ini juga kerana stylist du jour, Patricia Field tidak lagi bertugas menata gaya watak-watak dalam siri And Just Like That. Disebabkan ada beberapa akaun Instagram antaranya JustLikeThatCloset yang telah memuat naik gaya-gaya watak dalam siri sejak dari waktu penggambaran lagi, beberapa artikel tidak puas hati telah diterbitkan.
Ada juga yang tidak puas hati kerana dalam episod pertama sahaja, watak Mr Big telah ditamatkan. Ya, Big mendapat serangan jantung selepas habis bersenam di atas spinning bike. Ramai yang mengatakan apalah gunanya lagi menonton siri ini tanpa watak Big. Dan satu lagi yang menjadi topik negatif dalam siri ini ialah betapa isu-isu perkauman, inclusivity dan isu-isu kesedaran lain banyak diketengahkan. Beberapa tulisan berpendapat,
And Just Like That Review…
Ini pula ialah reviu saya setelah menonton dua episod And Just Like That. Saya masih merasai perasaan yang sama ketika menonton Sex And the City. Ia memiliki semua elemen yang membuat kita suka dengan siri ini dan keempat-empat watak utamanya. Cuma kita perlu terima bahawa mereka semua kini dalam kotak usia 50-an. Jadi tidak salah lah kalau semua watak ini kini telah mellow down sesuai dengan peningkatan usia kematangan. Peralihan personaliti pada watak-watak ini terlihat semulajadi pada mata saya.
Tentang ketiadaan Samantha pula, awalnya saya juga tidak puas hati dengan cara tiba-tiba mereka menghilangkan watak tersebut dengan mengatakan dia berpindah ke London kerana kerja. Tetapi dalam episod kedua, Carrie mendapat kiriman bunga dan kad daripada Samantha mengucapkan takziah di atas kematian Big. Ini menimbulkan persoalan, apakah ada kemungkinan bahawa Samantha akan muncul nanti? Saya rasa dan berharap bahawa ya dia akan muncul. Satu lagi elemen menarik yang saya suka tentang siri ini. The anticipation!
And Just Like That review saya diteruskan pula dengan isu kematian Big. Sebagai peminat setia Sex And the City (ia banyak mempengaruhi awal usia dewasa saya), saya setuju Michael Patrick King mematikan watak Big hanya atas satu dasar yakni Carrie sememangnya terkenal dengan watak single girl nya. Jadi dengan mematikan watak Big, mereka akan punya banyak ruang untuk meneroka watak Carrie (sekali lagi) sebagai single girl/ woman. Bagi saya ini keputusan bijak. Tetapi bukan juga bermakna watak Big tidak akan muncul langsung kerana daripada foto-foto penggambaran, ada banyak lagi babak Carrie dan Big yang masih belum ditayangkan. Kita harus terus menonton untuk tahu.
Tentang stail watak-watak And Just Like That pula, saya tidak melihat sebarang cela pun padanya. Masing-masing masih lagi ditata gaya dengan baik oleh Naomi May. Cuma sekali lagi mereka bijak menyesuaikan dengan usia setiap watak-watak ini. Mereka juga bijak memanipulasi paparazi yang merakam gambar sewaktu penggambaran untuk terlihat seperti gaya-gaya mereka tidak sehebat dulu. Nyata ia adalah satu strategi pemasaran yang menjadi.
Tulisan negatif yang mengatakan siri baru ini terlalu mencuba untuk mengetengahkan isu diversity dan inclusivity juga saya rasakan tidak berasas kerana bagi saya penting untuk mereka memasukkan elemen ini di dalam siri baru ini. Ia menunjukkan betapa penulis-penulisnya peka dengan isu semasa. Mereka juga tidak mahu terlihat langsung tidak mengendahkan isu-isu penting ini hanya kerana mahu mengekalkan tema asal siri ini.
Saya berpuas hati dan tak sabar menunggu…
Nampaknya And Just Like That review saya kedengaran begitu berat sebelah dan membuktikan bahawa saya sememangnya peminat tegar Sex And the City. Tetapi dah begitu yang saya rasakan tentang AJLT. Skripnya masih bagus dan witty seperti dahulu. Wataknya masih kekal sama cuma sedikit tone down sesuai peningkatan usia.
Saya dapat lihat revolusi anak-anak Charlotte dan Miranda tergambar dengan baik. Selain itu, saya gembira dengan watak-watak tambahan seperti kawan baru Charlotte, Lisa Todd Wexley (yang ada masalah dengan ibu mertuanya) dan bos baru Carrie, Che Diaz (watak lesbian yang saya dapat rasakan akan memberi warna kepada siri ini). Justeru itu, saya tidak sabar menunggu episod-episod seterusnya. Dan jangan percaya dengan And Just Like That Review yang lain.
Apa pandangan anda?