Posted on March 27, 2020
Bomba: Sonaone muncul dengan lagu tri-bahasa – Melayu, Inggeris & Perancis untuk muzik hip hop generasi baru
Whoosah! This is not a magic trick; this is not a fantasy. This is another SonaOne hit called Bomba.
Lagu ini ditulis dan diterbitkan sendiri oleh SonaOne, lengkap dengan video muzik kerjasama Denhouse Co. selaku pengarah. ‘Bomba’ adalah lagu pertamanya di bawah bendera rumah rakaman Def Jam South East Asia (Def Jam SEA).
Menariknya, Bomba dinyanyikan dalam 3 bahasa – Melayu, Inggeris & Perancis
‘Bomba’ meneruskan momentum album ‘DETAIL’ (2019), album kolaborasi bersama rakan rap, Alif. Album ini tidak hanya mendapat 10.8 juta penstriman di Spotify, malah berada di tangga keempat untuk senarai lagu artis Malaysia yang paling banyak/lama dimainkan di Spotify.
Memisahkan perbezaan antara pop hyperluxe yang unik dengan graviti muzik hip hop era baru, SonaOne sekali lagi mengeluarkan peringatan bahawa mengapa dia adalah salah seorang rapper yang layak disegani dan diberi perhatian di arena hip hop tempatan, mahupun serantau.
At least when I flex, it ain’t lies – SonaOne
“Ia seronok, ceria, tri-bahasa; ‘Bomba’ ialah saya!,” ujar SonaOne teruja berkenaan lagu terbarunya, mengesahkan ia masih berpaksikan pada dinamika muzik jati dirinya.
Ada aliran lirik yang cepat dan baris tanpa henti dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis. Semuanya disampaikan dengan palet pop, R&B dan bunyi rap yang tak tertahankan. Dalam keunikannya itu, detak beat yang sedia berani, mengundang kamu untuk bergoyang kepala tanpa batas dalam menikmati cara muzik gen baru.
Tak hanya berhenti di situ sahaja, ‘Bomba’ sebenarnya adalah single pertama daripada album solo terbarunya akan datang. Melalui ‘Bomba’, pendengar dapat menjangka dan meneka apa yang bakal dipersembahkan Sona, untuk album freestyle misterinya itu nanti.
“Secara harfiahnya, saya bertujuan untuk membuat peminat dan pendengar merasakan apa yang saya rasakan di studio ketika membikin rekod ini. Dunia nyata di mana batasnya meluas sejauh imaginasi kamu,” jelas SonaOne dengan senyuman.
Bomba adalah cerminan untuk fajar baru hip hop tempatan. Langkah pertama untuk ke peringkat generasi seterusnya. Pop dan hip-hop dimadukan dalam landskap muzik sejagat yang mengembang pesat dan tidak bersifat statik semata-mata.
Namun, SonaOne tidak pernah puas dengan penyampaian yang biasa-biasa. Persiapkan diri kamu untuk muzik hip hop era baru, “Smell the fire called the Bom, Bomba!”.
https://www.instagram.com/p/B94VtZOHar2/
https://www.instagram.com/p/B96SnE6n5P_/
https://www.instagram.com/p/B9-EvkTBZcZ/
https://www.instagram.com/p/B-AFAXbHLkV/
https://www.instagram.com/p/B-Cbz_6HrOl/
https://www.instagram.com/p/B-FLIPAnPef/
https://www.instagram.com/p/B-HxKYBnPwA/
Apa pandangan anda?