Posted on November 13, 2020
Chic hantaran in the times of pandemic. Ya, walaupun dunia sedang dilanda pandemik, urusan perkahwinan masih perlu diteruskan. Hantaran perlu chic sekali pun banyak faktor perlu diambil kira dalam kegawatan dunia terkesan dengan COVID-19. Ada cara untuk masih mengekalkan chic hantaran dalam masa pandemik ini. Kreativiti dan estetika dalam menata gaya dulang hantaran akan menentukan sama ada hantaran kamu chic atau tidak.
Saya berbual bersama Puteri, pengasas dan pemilik Fleuri Flowers, kedai bunga yang bertempat di Plaza Damas dalam sesi IG Live di laman Instagram STAIL.MY Rabu lalu untuk mengetahui 10 Tips for Chic Hantaran in the Times of Pandemic. Banyak juga yang saya dan penonton-penonton IG Live malam itu belajar tentang cara-cara mudah untuk menghasilkan dulang hantaran chic. Dunia gubahan bunga itu sendiri begitu luas dan pelbagai serta memberi peluang kepada pencintanya mencuba aneka gubahan dan cara dalam menghasilkan nukilan yang sempurna.
Sedikit latar belakang tentang Fleuri Flowers. Puteri memulakan perniagaan gubahan bunga dan hantaran ini sejak 2017 dari rumah. Bermula 2018, dia membuka kedainya di Plaza Damas, Sri Hartamas. Antara klien yang sering menempah daripadanya termasuklah Tengku Iman Abdullah, sosialit-sosialit kota selain jenama-jenama fesyen dunia seperti Chanel, Bottega Veneta, Miu Miu, Prada dan Rolex. Gubahan bunga Fleuri Flowers kebanyakannya berlatarkan tema moden, ringkas, clean dan chic. Kerana itu juga kami memilih untuk berbual dengan Puteri berkenaan topik ini kerana merasakan falsafahnya selaras.
10 Tips for Chic Hantaran in the Times of Pandemic
1
Tentukan konsep gubahan dulang hantaran yang kamu mahu. Ini perkara terpenting dalam membuat gubahan. Antara tema biasa yang boleh dipilih termasuklah rustic, English, tropikal, moden atau klasik.
2
Pilih tema warna yang sesuai dengan tema warna baju kahwin atau dulang boys/ girls. Pastikan ada kesinambungan di situ. TIP Kekalkan pada satu warna sahaja. Pastikan ia bercita rasa dan manis.
3
LESS IS MORE. Lebih-lebih lagi dalam waktu pandemik ini. Hanya kerana kita berbelanja kurang, tidak bermakna WE CAN GO BIG.
4
Dry flowers are so IN! Alang-alang kamu duduk di rumah atau WFH, apa kata keringkan bunga kamu sendiri. TIP Kamu juga boleh campurkan antara bunga segar dan kering. Cuma pastikan padanannya sesuai dan kena.
5
DIY! Cari bunga-bunga yang kamu mahu sendiri. Pergilah ke Petaling Street dan beli bunga di sana. Tak perlu membayar mahal pun. It’s definitely cheaper. Ikut juga IG hantaran untuk inspirasi.
6
Elakkan guna bunga dengan kelopak lembut terutamanya hydrangeas. Ia akan cepat layu – sejam atau dua jam. Ia juga mahal dan membazir TIP Kamu boleh gantikan dengan hydrangeas plastik. Cuma pastikan ia tidak nampak terlalu palsu.
7
Cuba gubahan hantaran dalam kotak atau berbalut. Ia nampak elegan dan kemas. Ini juga cara terbaik untuk tidak menunjuk-nunjuk barangan yang diberi. TIP Guna kain, lace dan bunga.
8
Jadilah kreatif. Gubahan terbaik selalunya yang nampak berbeza seperti dalam balang kaca, terrarium, sarang burung misalnya tetapi INGAT mesti tasteful dan paduan warna mesti sempurna dan berseri. TIP Puteri sering memadankan antara warna terang, medium dan neutral untuk paduan sempurna.
9
Kekalkan dulang hantaran untuk yang pernting-penting sahaja contohnya mas kahwin, tepak sirih dam barang kemas atau cincin. Tak perlulah sampai 24 dulang ya.
10
Terakhir dan paling penting ialah mesti UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. Kata Puteri, “Jangan nak fefeeling WOW tapi nanti tak enjoy malam pertama sebab kau check CIMB Click, refresh setiap jam tapi balance masih negatif.” Hahahahaha.
Apa pandangan anda?