Posted on February 26, 2020
Dengarkan Hummingbird oleh Charlie Lim ft. Linying Untuk Hari Kamu Yang Tenang
Dua pemuzik asal Singapura, Charlie Lim dan Linying berkolaborasi buat pertama kali untuk lagu nuansa pop mereka yang bertajuk Hummingbird.
Ia adalah lagu pertama hasil tulisan bersama Lim dan Linying. Lagunya ringkas, mudah didengarkan dan menenangkan. Rentak sederhana mengiringi lantunan lembut suara Linying bermula pada awal lagu. Lalu menyatu dengan suara Lim, membuat vokal kedua-dua mereka kedengaran harmoni.
‘Hummingbird’ sengaja dipilih sebagai metafora oleh Charlie Lim kerana Burung Madu (namanya dalam Bahasa Melayu) itu adalah burung kegemarannya.
Melalui ‘Hummingbird’, Charlie Lim dan Linying cuba untuk melepaskan diri mereka daripada perkara-perkara toksik yang mampu merosakkan diri mereka sendiri. Ia adalah lagu yang bercerita tentang usaha untuk mempercayai perkara baru dan bebas daripada mengulangi kesalahan yang sama.
Menurut Charlie Lim, lagu ini berkenaan, “Mencuba untuk menjadi berani. Berani untuk percaya pada sesuatu yang baru, walaupun kecenderungan kita (sebagai manusia) untuk mengulangi kesilapan lama,” katanya.
Sedikit pengenalan, @CharlieLim (29) adalah penyanyi Singapura yang berada di puncak kerjaya muziknya. Albumnya, ‘CHECK-HOOK’ sudah pun mencapai 1.5 juta penstriman di Spotify. Muziknya membawa dia kembara ke merata pelosok festival muzik. Antaranya Australia, Singapura, Filipina, Jepun dan Korea Selatan termasuk di Urbanscapes, Kuala Lumpur.
@Linying pula adalah penyanyi wanita yang tidak asing lagi di Kota Singa. Malah, dia terkenal di peringkat antarabangsa dan mendapat pujian dan kritikan yang baik dari Billboard, NPR Muzik, BBC Radio 1 dan TROYE SIVAN. Ya, @TroyeSivan yang itu. “Saya berasa bebas, sebebasnya dengan menulis ‘Hummingbird’,” ucap Linying.
Untuk mood yang chill dan relaks, dengarkan Hummingbird di pautan di bawah:
Apa pandangan anda?