Posted on February 2, 2022
Pada 28 Januari 2022 yang lalu, MAXPERIENCE (MPE) telah mengumumkan di mana mereka telah mengikat kontrak eksklusif bersama kumpulan K-Pop, WEi dan juga KIM YO HAN.
Buat yang belum mengenali kumpulan WEi, mereka ini adalah merupakan kumpulan K-Pop generasi ke-4 yang semakin mendapat perhatian hari ini. Salah seorang ahli kumpulannya, KIM YO HAN, memenangi tempat pertama dalam program PRODUCE X 101. Beliau juga pernah debut menerusi projek kumpulan X1 bersama beberapa peserta yang menduduki tempat tertinggi dalam program tersebut.
WEi kini telah berjaya melancarkan album ketiga mereka iaitu “IDENTITY: Action” manakala KIM YO HAN pula turut melancarkan album solo pertamanya berjudul “Illusion”.
MPE turut menyatakan bahawa kontrak eksklusif ini bertujuan untuk memberi liputan lebih menyeluruh terhadap kedua-dua artis ini di seluruh Asia Tenggara serta Taiwan dengan memperbanyakkan lagi projek kolaborasi berskala besar seperti majlis secara langsung, promosi media serta projek brand endorsement.
MPE adalah sebuah agensi selebriti Asia yang berkobolehan dalam mengendalikan majllis-majlis secara langsung, brand endorsement serta promosi media semenjak 2015 lagi, dan setakat ini sudah berjaya mengendalikan lebih 100 projek bersama barisan selebriti Asia kelas pertama bersama platform media di Asia juga di Amerika Syarikat.
Apa pandangan anda?