Posted on October 13, 2020
Look Emily In Paris menerima pelbagai reaksi daripada beberapa media fesyen antarabangsa. Ada yang mengutuk, ada yang tidak puas hati tetapi ada juga yang suka. Kami mengupas lebih lanjut tentang beberapa look yang dipakai Emily Cooper dalam siri terbaru Netflix ini.
Ini look pertama yang dipakai Emily untuk hari pertama kerjanya. Saya dapat bayangkan gadis Amerika memilih kemeja dengan cetakan Eiffel Tower untuk menunjukkan semangat Parisian mereka
Emily In Paris adalah siri terbaru Netflix terbitan Darren Star mantan penerbit siri Sex And The City. Kerana itu juga ia mencipta impak yang cukup besar di kalangan pengikut setia Star dan SATC serta pelanggan Netflix. Lily Collins memainkan peranan utama sebagai Emily Cooper, gadis berasal dari Chicago yang berpindah ke Paris kerana menerima tawaran kerja sebagai Pengurus Strategi Sosial Media di sana. Seluruh musim pertama bercerita tentang pengalaman Emily menyesuaikan diri dengan tempat kerja, kota, kehidupan dan budaya baru di Paris.
Siri ini juga membawa kembali Pereka Kostum extraordinaire, Patricia Fields yang bertanggungjawab menata gaya look Emily In Paris dan semua pelakon lain dalam siri ini. Jadi mata-mata media fesyen tentu sahaja menumpu kepada hasil kerja Fields dalam musim pertama ini. Ini juga disebabkan reputasi Fields yang begitu menyerlah dalam siri SATC sehinggakan look-look Carrie Bradshaw dan kesemua pelakon SATC diingati dan diperkatakan sehingga ke hari ini.
Bucket bag to match the bucket hat. Semua dalam warna sama. Sudah cukup chic untuk seorang gadis Amerika, don’t you think?
Patricia Fields juga Pereka Kostum kepada filem The Devil Wears Prada, siri Ugly Betty dan filem Confession of A Shopaholic. Penulis Ana Escalante menulis di laman web CR Fahion Book, “2020 was full of disappointments, and Emily in Paris‘ fashion rounds off a chaotic year with more cringe than ever thought possible.” Begitu sekali pandangannya tentang hasil kerja Fields untuk siri ini.
Pada saya ia tidaklah seteruk yang disebut Escalante itu. Memang benar saya memiliki jangkaan yang tinggi terhadap Fields mengenangkan hasil kerja hebatnya sebelum-sebelum ini. Saya rasa dia melengkapkan tugasannya dengan bagus. Ternyata saya dapat lihat identiti serta signature Fields dalam look Emily In Paris. Sama seperti yang dipamerkan dalam SATC dan The Devil Wears Prada misalnya.
Fields tentunya pencinta warna-warna terang dan corak-corak bertentangan. Dan inilah yang banyak dilihat pada Emily dalam musim pertama. Dia juga banyak menggunakan bucket hat, item fesyen yang sangat in ketika ini. Ia tindakan yang bijak kerana siri ini pastinya akan menjadi rujukan di masa akan datang. Tentunya penggunaan bucket hat ini akan menjadi bukti ia item penting di tahun 2020. Fields sememangnya arif dalam hal-hal kostum untuk siri atau filem tentunya.
Look quirky renda dan jumper tak berlengan. Merepek but that’s so American, no?
Escalante juga turut menulis,
If you’re looking for a show highlighting cool, French girl style, look elsewhere.
Oh saya rasa Escalante tidak sensitif dengan latar watak Emily itu sendiri. Sememangnya tiada siapa pun antara kita yang boleh menjangkakan ini kerana Emily sendiri bukanlah berasal dari Paris. Dia ialah seorang American girl yang bekerja di Paris. Sememangnya akan salah lah fakta sekiranya Emily bijak bergaya sebagai gadis Perancis sedangkan dia baru sahaja menjejakkan kaki di Paris. Dan Paris juga adalah kota Eropah pertama yang Emily jejakkan kaki di luar Amerika. Pada saya gayanya sesuai dengan watak American girl yang dibawanya malah saya rasa sudah cukup stylish kerana pada saya gaya gadis Amerika seringnya BASIC.
Jika benar kamu mahu melihat gaya wanita Paris sebenar, mungkin kamu patut mengarah perhatian kepada watak Camille (teman baru Emily, seorang gadis Perancis) atau bos Emily, Sylvie Grateau yang pada saya lebih chic dan Parisian kerana mereka sememangnya berasal dari Perancis. Dan Fields berjaya mempamerkan gaya chic wanita Perancis pada kedua-dua watak ini memandangkan Fields sendiri lebih terbuka kepada gaya wanita Amerika.
Jadi tidak usahlah kamu merujuk kepada look Emily in Paris untuk gaya-gaya wanita Perancis kerana ia tidak sepatutnya mempamerkan gaya itu pun. Yang boleh kita buat ialah nikmati keindahan kota Paris dan penggayaan hebat Fields yang pancawarna dan quirky seperti yang kita boleh jangkakan. Walaupun ada juga yang mengatakan jenama-jenama yang disarung Emily tidak sepadan dengan gaji dan posisi kerjanya. But that’s what TV supposed to show – imaginasi, fantasi dan eskapisme. Tidak ada yang sepatutnya masuk akal pun dalam cerita TV. Kamu boleh lihat ke luar tingkap kamu kalau kamu mahukan sesuatu yang masuk akal.
Beret Dior sepadan warna dengan bajunya. Merah jambu yang sungguh chic. Dan jaket boxy itu, cantik
Kemeja renda Victorian dipadan dengan jaket crop genggang. Ada sedikit unsur Ralph Lauren pada look ini. American!!!!
Look paling chic daripada Emily waktu dia menonton persembahan ballet. Inspirasi Audrey Hepburn dalam Funny Face? Tres chic
Apa pandangan anda?