Posted on March 4, 2020
Matilda filem yang sungguh mencuit hati. Ia lucu tetapi memberi inspirasi. Saya menonton filem ini dan berasa puas. Dengan semangat yang dimiliki Matilda serta kenakalannya dan cara dia melihat segala yang terjadi dari sudut fun dan positif. Memang saya suka sangat dengan cerita ini sampai menontonnya banyak kali. Matilda The Musical mengadaptasi filem ini dan ia akan menemui peminatnya di Istana Budaya mulai 2 Jun 2020 nanti.
Matilda sebenarnya adalah buku tulisan Roald Dahl. Sudah dipentaskan di West End dan Broadway, pementasan ini menerima reviu lima bintang oleh kebanyakan media. Ia juga menerima 85 anugerah antarabangsa setakat ini termasuklah 16 untuk Best Musical. Masuk tahun kesembilan di London, ia terus-terusan menarik penonton dari semua peringkat umur mencecah angka 8 juta orang.
Pementasannya di Istana Budaya ini ialah pusingan keempat kembara Aisa Matilda The Musical London West End selepas Singapura, China dan Bangkok. Dan mereka datang terus selepas berakhirnya musim pementasan mereka di Johannesburg dan Cape Town sebagai sebahagian daripada kembara antarabangsa mereka.
Matilda Adalah Tentang…
Muzikal ini berkisar kehidupan Matilda, budak perempuan lima tahun yang suka membaca dan belajar tetapi ditekan oleh ibubapanya yang obses TV serta kurang memberi perhatian kepadanya. Membesar, dia menangani cabaran dan rintangan dalam hidup, belajar bahawa kadang-kadang memerlukan kamu menjadi sedikit nakal untuk melaluinya. Dia kemudian masuk sekolah dan terpaksa berdepan dengan cengkaman guru besar, Miss Trunchbull.
Mencari kedamaian di dalam perpustakaan pada kebanyakan masa dalam dunia imaginasi dan rekaannya, Matilda menjalin hubungan yang kuat dengan orang dewasa seperti pustakawan Mrs Phelps dan cikgu kelasnya Miss Honey. Bersama mereka ini memberi dia keyakinan untuk meraikan kuasa istimewa serta individualitinya dalam usaha memiliki kehidupannya sendiri.
Skor asal yang bijak dan witty muzikal ini adalah nukilan pemenang anugerah Olivier, Tim Minchin beriringan dengan jalan cerita tulisan pemenang Tony Award, Dennis Kelly. Pementasan pula daripada pengarah pemenang Tony Award, Matthew marchus dan koreografi daripada pemenang anugerah Tony Award, Peter Darling, adaptasi muzikal ini antara muzikal British paling berjaya di masa moden kini.
‘ONCE IN A BLUE MOON, A SHOW COMES OUT BLAZING AND RESTORES YOUR FAITH IN BROADWAY. MATILDA THE MUSICAL IS THAT SHOW’ – New York Post
Set dan kostum pula oleh pemenang Tony Award, Rib Howell manakala sususan orkestra, muzik tambahan dan pengawasan muzikal dilakukan oleh Christopher Nightingale, pencahayaan ialah daripada pemenang Tony Award, Hugh Vanstone serta bunyi dijaga Simon Baker. Matilda The Musical sesuai untuk semua peringkat umur.
Cerita klasik keazaman budak perempuan mencabar orang lebih tua daripadanya demi kebaikan semua digabung signature wit dan kenakalan tulisan Roald Dahls ini, membuatkan ia muzikal yang tak mudah terlupakan.
Tiket bermula pada harga RM200 boleh dibeli di Matilda-KL.com Jumpa di sana!!!
Apa pandangan anda?