Posted on November 3, 2020
Siri terbaru Netflix Queen’s Gambit mungkin adalah siri TV/ filem/ drama terbaik pernah saya tonton tahun ini atau mungkin seumur hidup saya. Ia hadir pada masa yang tepat di mana kebanyakan kita sedang keliru, hilang arah dan cuba mengingat kembali tujuan hidup atau fungsi dalam dunia (akibat pandemik yang sedang melanda dan keadaan ekonomi yang terkesan).
Siri ini ialah adaptasi novel tulisan Walter Tevis (The Hustler, The Man Who Fell to Earth), dipersembahkan dalam tujuh episod yang mempamerkan kajian tentang karakter Beth Harmon. Dia seorang anak yatim yang mempunyai minat mendalam terhadap catur namun bukanlah gadis abad ke 20 tipikal. Pendiam, tidak suka bergaul, suka bersendirian, memiliki cara pemikirannya tersendiri, eksentrik – pembangunan karakter dalam hidup Beth Harmon ditunjukkan begitu indah dalam siri ini.
Dilakonkan oleh Anya Taylor-Joy, pelakon kelahiran British-Argentine yang cukup unik wajahnya, siri ini juga memaparkan sinematografi yang begitu indah selain penggayaan kostum yang ringkas, cantik dan bertepatan dengan setiap era yang dilalui Beth. watak Beth yang sedikit robotik, disempurnakan dengan rambut bob tergantung rona jingga yang pabila dipadankan dengan wajah ‘unusual beauty’ nya menampilkan watak serupa anime sesuai dengan personaliti nya.
Setelah menonton keseluruhan siri ini, saya ingin senaraikan beberapa teori yang mungkin kamu tak perasan sepanjang menonton Queen’s Gambit. Manalah tahu ia akan membuat kamu mahu menonton sekali lagi atau memberi pemahaman lebih mendalam tentang siri ini…
13 Teori Queen’s Gambit Yang Kamu (Mungkin) Tak Perasan
1. Dalam babak Beth Harmon bertemu dengan ibubapa angkatnya kali pertama, sebelum dia masuk ke dalam bilik pengetuanya, lelaki berkulit hitam Mr Ferguson menghulurkan cekak kepada Beth. Teorinya ialah supaya dia nampak muda dan manis untuk memikat ibubapa angkatnya.
2. Beberapa baris dialog antara Beth and ibu angkatnya Alma Wheatley menunjukkan bahawa dia diambil sebagai anak angkat kerana mereka perlukan duit bantuan yang diberi kepada mereka kerana menjaga anak angkat.
3. Pil hijau tranquilizer yang dibeli Alma seringkali berisi separuh sahaja kerana Beth turut mengambilnya dalam diam.
4. Sewaktu Beth masuk sekolah, Alma membelikan helaian-helaian sale untuk Beth. Penampilannya dengan baju-baju tawaran ini disengajakan untuk membezakan dia daripada gadis-gadis lain di sekolah.
5. Dialog Jolene “No one wants to adopt me because I’m too dark” menyindir situasi sosial masa kini (penindasan terhadap golongan kulit hitam) dan membuktikan situasi tersebut sudah wujud pada era itu.
6. Rambut watak Beth juga sengaja diwarnakan oren dan dipotong bob tergantung untuk membezakan wataknya dengan gadis lain. Malah dia nampak serupa anime
7. Salah seorang lelaki yang Beth suka (juga seorang pemain catur), Townes ialah seorang gay kerana Roger dipamerkan sebagai pasangannya sewaktu babak Townes mengambil gambar Beth.
8. Beth sangat pandai dalam seni ‘con artist’. Waktu Alma meninggal, dia memberitahu pengurus hotel bahawa ibunya meragui kualiti tequila yang digunakan oleh hotel untuk membuat margarita. Baris ini ialah sambungan kepada dialog yang dituturkan oleh pengurus hotel bahawa mereka akan menanggung semua kos perbelanjaan sepanjang mereka menginap di hotel itu. Selain menambah, “With the extensive amount of alcohol consumed. Do you think that is the cause of her death?”
9. Ben Wartz mengajar catur kepada Beth dan mengingatkannya “Sex is out of the question”. Tetapi melalui catur, mereka menggoda sesama sendiri dan akhirnya melakukan seks. Niat Watz ialah agar Beth fokus kepada ajarannya.
10. Ayah angkatnya ialah seorang lelaki misogynist. Waktu Beth menghubungi untuk memberitahu yang isterinya meninggal, dia menjawab, “I don’t have time for all this. You settle it all…” tanpa rasa simpati terhadap isterinya sendiri. Dan dia memang meninggalkan terus isterinya sebaik mereka mengambil Beth sebagai anak angkat.
Salah seorang lelaki yang Beth suka (juga seorang pemain catur), Townes ialah seorang gay kerana Roger dipamerkan sebagai pasangannya sewaktu babak Townes mengambil gambar Beth
11. Beth digambarkan tidak pernah menang kejuaraan catur antarabangsa tetapi dia masih boleh hidup dalam keadaan senang. Ini menunjukkan bahawa kamu sebenarnya tidak perlu menang sebagai juara to make enough money to live comfortably.
12. Perjanjian yang dibuat Beth untuk urusan jual beli rumahnya menunjukkan bahawa wanita juga boleh menjadi tegas dan boleh membuat perjanjian penting tanpa melibatkan emosi. Walaupun pada selepas bapa dan peguamnya pergi, dia dilihat rebah di atas kerusi. Yang penting dia mengawal emosinya semasa membuat perjanjian.
13. Dalam penerbangan pulang dari Mexico, Beth berbual dengan Ben Wartz. Dia enggan bertemu dengan Ben di New York walaupun Ben sanggup membiarkan Beth minum (alkohol) bermakna Ben sanggup bend his rules for her. Ini menunjukkan bahawa Ben memerlukan Beth lebih daripada Beth perlukan Ben.
Apa pandangan anda?