Posted on April 29, 2021
Kisah cinta klise di kalangan budak sekolah. Saya cinta kamu, tapi aku cinta dia. Cinta yang berputik antara dua insan kemudian beralih arah kepada teman baik pasangan kamu. Apa-apalah. Yang penting, apa pengajaran boleh kamu dapat daripada quotes from Love Alarm, siri Korea di Netflix?
Pemain utama dalam siri Love Alarm, Jung Ga-Ram, Kim So-Hyun & Song Kang
Biasalah, tema kisah siri Love Alarm dan Love Alarm 2 di Netflix ini bukanlah sesuatu yang baru. Dua pelajar sekolah jatuh cinta, tetapi kawan baik kepada budak lelaki itu juga mencintai wanita yang sama. Hubungan cinta kemudian tercabar oleh perasaan dan situasi. Budak perempuan berubah perasaan dan bersumpah tidak mahu lagi mencintai teman lelakinya.
Teman baik lelaki kemudian setelah bertahun-tahun masih menyimpan perasaan dan cuba sedaya-upayanya membuat si wanita mencintai dia. Hmmm… dah selalu kita dengar dan bukan lagi sesuatu yang baru. Tetapi saya tertarik menonton siri ini kerana penggunaan aplikasi cinta bernama Love Alarm yang menjadi asas kepada seluruh kejadian dalam siri ini.
Love Alarm adalah aplikasi yang akan memberitahu kamu sekiranya ada antara individu yang berada dalam 10m radius di sekitar kamu mencintai kamu. Love Alarm kamu juga akan memberitahu individu yang kamu cintai seandainya dia berada dalam radius 10m. Menarik bukan? Inilah sesuatu yang wajar dipuji tentang drama Korea. Mereka bijak memasukkan elemen moden yang sedang berlaku dalam kehidupan kita hari ini di dalam drama.
Bagi saya ini penting supaya penonton dapat relate dengan apa yang terjadi dalam seluruh drama itu. Jadi tidak kisahlah sekiranya jalan ceritanya klise tetapi kerana elemen yang boleh kita relate itu sangat kuat, ia menjadi daya tarikan untuk kita tonton siri itu sampai habis. Tentu sahaja sinematobgrafi, styling dan keindahan rupa paras pelakon memainkan peranan yang amat penting bagi membuat penonton setia sehingga ke hujung siri.
Tetapi bagi siri Love Alarm ini, satu lagi yang saya suka tentangnya ialah dialog-dialog yang diujarkan oleh pelakon-pelakonnya. Ada yang menyentuh hati, ada yang memberi momen AHA!!!! buat saya, ada yang membuat saya bilang “Ahhhhhh begitu maksudnya…” Jadi saya ingin juga berkongsi dengan kamu…
Quotes From Love Alarm: 5 Dialog Yang Mengajar Kamu Tentang Cinta
1
“Not letting people know your feelings puts you in a position of POWER”
2
“It’s fine. I don’t feel alone though…”
“That’s because you’ve felt alone for so long, that you don’t realize you are.”
3
When you start to like someone, you want to see them and hear their voice more
4
“You used the shield to prevent Sun-oh’s (Song Kang) Love Alarm from ringing, and used the spear to ring Hye-yong’s (Jung Ga-Ram) Love Alarm. You lie for your own convenience.”
5
“Why is it so hard to tell someone you like them, when you like them?”
Apa pandangan anda?