Posted on November 5, 2020
WantShowAsYoung, akaun instagram yang dicipta oleh duo pengusaha pusat dobi, Wansho Laundy di Taiwan. Mereka menggayakan helaian-helaian yang tidak diambil bertahun-tahun selama mereka mengusahakan kedai dobi mereka. Akaun yang dicipta lewat Jun tahun ini (sewaktu lockdown) kini memiliki 659K followers (sehingga hari ini). Ia bermula apabila cucu kepada Chang Wan-ji, 83, dan Hsu Sho-er, 84, bernama Reef Chang tidak tahan melihat datuk neneknya yang bosan mendaduk di kedai dobi mereka sepanjang hari menunggu pandemik berakhir.
Dia memutuskan untuk menyuntik sedikit keriangan ke dalam diri datuk neneknya dengan mencipta akaun Instagram untuk mereka. Melihat baju-baju yang tidak diambil oleh pelanggan selama bertahun-tahun lamanya, idea untuk menggayakannya di atas tubuh datuk neneknya juga adalah usaha untuk menyedarkan pelanggan bahawa jangan lupa untuk mengambil dobi yang dihantar.
Entah mengapa, akaun WantShowAsYoung ini pantas mendapat perhatian banyak orang dan mengumpul ribuan followers nya tersendiri dalam masa yang cepat. Mungkin juga kerana mereka suka melihat duo ini menggayakan helaian-helaian tertinggal dipadukan dengan helaian-helaian mereka sendiri. Apalagi dalam keadaan lockdown, di mana gambar-gambar menunjukkan keriangan pada wajah mereka pasti akan menarik minat banyak orang yang bosan sewaktu lockdown.
Melihat datuk nenek saya bosan di kedai dobi mereka sepanjang hari, saya tak tahan tengok mereka mendaduk sahaja.
Reef Chang
“Sejak kecil lagi saya dah tengok masalah orang tak ambil baju dobi ini. Saya harap dengan usaha ini akan mengingatkan orang supaya tidak lupa mengambil hantaran dobi mereka. Atau cari pemilik baru untuk baju-baju tinggal ini. Selain itu, melihat datuk nenek saya bosan di kedai dobi sepanjang hari, saya tak tahan tengok mereka mendaduk sahaja. Saya mahu suntik keriangan dan perubahan dalam hidup mereka,” kata Reef dalam satu temubual.
Duo ini sangat gembira dengan reaksi yang mereka terima daripada netizen. Mereka merasakan seolah-olah mereka memiliki banyak cucu-cucu lain di seluruh dunia. Gambar-gambar mereka juga diharap dapat memberi sinar dan kesedaran kepada kelompok seusia mereka yang masih tidak terlambat untuk berbuat sesuatu yang bermanfaat dalam hidup dalam masa sama “was can be as cool”. Kerana terlalu gembira dengan reaksi followers dan sebagai tanda terima kasih, lewat Julai mereka turut memberi giveaway lencana logo kedai dobi mereka Wansho Laundry kepada followers bertuah.
Apa pandangan anda?