SEARCH

‘The Singing Pizza’: Alvin Chong Nyanyi #CintaLuarBiasa 😻

‘The Singing Pizza’: Alvin Chong Nyanyi #CintaLuarBiasa 😻

#REVIEW Malam Penuh Pesona di Konsert The Singing Pizza

Lebih 500 penonton hadir menyaksikan The Singing Pizza yang berlangsung di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Konsert gandingan hebat dalam kepelbagaian citarasa dan irama, persembahan tujuh artis terkenal tempatan ini menggamatkan suasana.

Aman Ra membuka pentas dengan lagu rap popularnya berjudul ‘Budak Flat’ diikuti lagu ‘Fighter’ dan ‘Bangun’ yang membangkitkan mood malam itu.

Persembahan diteruskan dengan Zen, yang memukau perhatian dengan lagu terbarunya, ‘If I Knew’. Penyanyi bersuara merdu ini mengejutkan peminat dengan medley ‘Kenangan Terindah’ (Samsons).

Malam diteruskan dengan permainan interaktif “Blind Pizza Tasting” yang memberi peluang kepada empat peminat bertuah untuk naik ke pentas bersama Aman Ra dan Zen.

Penyanyi baru, Shalma Eliana mengganti baton dengan persembahan lagu berentak R&B berjudul ‘If I Ain’t Got You’ dan juga ‘Mahukah Kamu’.

Seterusnya, Alvin Chong tampil merampas pentas dengan persembahan lagu ‘Tajam’ serta lagu cover ‘Cinta Luar Biasa’ daripada penyanyi Indonesia yang sangat terkenal, Andmesh Kamaleng.

Pasangan duet ThomasJack membuktikan bakat mereka dengan lagu berjudul ‘Rumours’, nyanyian semula ‘Ku Juga Mencintaimu’ dan ‘Mungkin Nanti’ berduet dengan Zen.

Paling utama, akhirnya Fattah Amin muncul sambil mengalunkan lagu romantisnya yang berjudul ‘Isterimewa’ dan ‘1234U’. Manakala Fazura menyanyikan ‘Bisa Apa’, ‘Bangun’ dan ‘Can’t Forget Me’.

Akhir sekali, pasangan suami isteri ini melabuhkan tirai konsert, mendendangkan lagu duet popular mereka dengan ‘Paling Sempurna’.

Menukar kotak piza biasa kepada konsep kotak muzik, ‘The Singing Pizza’ hadir dalam bentuk kotak piza yang bertemakan piring hitam

Ia menampilkan ilustrasi artis (Alvin Chong dan rakan-rakan) di hadapan kotak berserta kod QR untuk pengaksesan lebih 200 buah lagu eksklusif (termasuk lagu-lagu yang masih belum dipasarkan), dengan senarai main lagu yang boleh dikemaskini setiap dua minggu di aplikasi ‘The Singing Pizza’.

Konsert The Singing Pizza dibawakan secara eksklusif oleh Pizza Hut dengan kerjasama Universal Music Malaysia. Layari @pizzahutmalaysia untuk sebarang maklumat lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE