SEARCH

#Review Wira – Filem Aksi Tentera Yang Mantap! Tetapi…

#Review Wira – Filem Aksi Tentera Yang Mantap! Tetapi…

#REVIEW WIRA – Hairul Azreen Menyinar Sebagai Wira

Filem: Wira (2019)
Sutradara: Adrian Teh
Pemeran: Hairul Azreen
Verdik: 7/10

#Review Wira – Filem Aksi Tentera Yang Mantap! Tetapi... yayan ruhian

Wira adalah filem aksi tentera terbaru arahan Adrian Teh. Plotnya berkisar tentang seorang bekas tentera yang pulang ke Flat Raja Merah setelah menghilang lama untuk membantu keluarganya keluar daripada kepompong kemiskinan dan belenggu hutang dengan ketua samseng kawasan yang diketuai oleh Raja.

Ia kisah yang berpusat pada watak protagonis, Hassan (Hairul Azreen) yang terpaksa meninggalkan keluarganya ketika dia masih muda. Hassan nekad merubah kehidupannya dengan menyertai pasukan tentera. Dia mahu mengatasi sifat negatif dan menghindari ‘sisi syaitan’ dirinya, menanam harapan agar menjadi insan yang lebih baik.

Selepas tamat berkhidmat dalam pasukan tentera, Hassan kembali untuk membawa keluarganya keluar dari kawasan kejiranan keji tersebut dan memulakan kehidupan baru dengan berhijrah ke kampung halaman mereka di Machang, Kelantan. Sebagai seorang insan dengan semangat yang baru, Hassan ingin ‘mencuci tangan’ dan melangsaikan segala hutang yang dikenakan Raja (Dain Said) terhadap keluarganya sebelum mereka berpindah.

Hassan dan adik perempuannya, Zain (Fify Azmi) terpaksa bertanding dalam satu perlawanan MMA, berlawan pula dengan kedua-dua anak Raja iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan), bagi melangsaikan hutan tersebut. Di sinilah konflik bermula apabila Vee dan Rayyan bertindak di luar kawalan, yang seterusnya merubah nasib Hassan sekeluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Itu sedikit sebanyak tentang filem Wira ini yang boleh saya gambarkan. Pertama-tama, apa yang saya ingin tekankan, saya senang melihat aksi pertarungan yang berlangsung sepanjang filem ini. Nampaknya Hairul Azreen, Fify Azmi dan Yayan Ruhian cemerlang dalam babak-babak perlawanan yang melibatkan mereka.

Ayam tambatan Wira tentulah Hairul Azreen

Namun sebenarnya, lampu sorot juga harus diberikan kepada Yayan Ruhian kerana kepakarannya dalam bidang seni pertahankan diri dan pertarungan lah yang menyelamatkan filem ini. Koreografi aksi sangat menarik dan memukau. Banyak adegan pertarungan yang boleh diingati. Dari sudut aksi, filem ini memang tidak menghampakan. Walaupun agak klise (kerana watak protagonis selalu menang dalam perlawanan), sekurang-kurangnya aksi yang disajikan berbaloi untuk dilayan.

#Review Wira – Filem Aksi Tentera Yang Mantap! Tetapi... Fify Azmi

Namun, filem Wira ini juga tidak terlepas daripada beberapa kesalahan yang saya rasa perlu saya catatkan. Dari sudut jalan penceritaan, filem ini kelihatan agak tergesa-gesa. Terdapat banyak loophole yang sedikit sebanyak mencacatkan filem ini. Backstory juga saya rasa terlalu banyak dan merata-rata.

Plot twist yang ingin disampaikan juga tidak masuk akal. Apakah sebabnya bapa mereka, Munas (Dato Hilal Azman) sanggup mati demi membongkar jenayah yang dilakukan Raja? Apakah negara ini tidak punya undang-undang? Sehingga saya terbayangkan, apakah semua penduduk flat ini terlahir sebagai fighter? Jika kamu biasa menonton filem-filem samseng Hong Kong awal 2000an, kamu akan dapat bayangkan apa yang saya cuba sampaikan ini.

Terdapat juga babak-babak cringe yang bakal membuatkan kamu berkata… “APA…?”

Misalnya penduduk flat yang tiba-tiba mendapat panggilan telefon serentak daripada keluarga mereka (dalam satu pergaduhan beramai-ramai) dan secara magisnya tidak jadi bergaduh? Atau babak-babak ketika Hassan cuba membuat lawak bersahaja yang saya rasakan tidak sampai…

#Review Wira – Filem Aksi Tentera Yang Mantap! Tetapi... Ismi Melinda

Cukuplah, saya tidak mahu bongkarkan filem ini lagi.

Secara keseluruhannya, filem ini bersifat terus-terang. Tiada konsep mendalam yang perlu kamu gali untuk memahami filem ini. Ia filem aksi yang sedap dilayan jika kamu memasang niat mahu menonton filem aksi, namun tidak untuk mereka yang dambakan jalan cerita yang lebih relevan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE