SEARCH

#StailMYGiveAway Minyak Cinta & #ipunyaupunya Sempena Bulan Cinta!

#StailMYGiveAway Minyak Cinta & #ipunyaupunya Sempena Bulan Cinta!
#ipunyaupunya: Tampil Cantik & Stailish Bersama Pasangan Tersayang

Cinta datang tanpa diundang. Manisnya membakar mentari. Begitu juga bulan Februari, bulan cinta. Bulan yang merayakan Hari Valentine ini adalah bulan istimewa bagi setiap pasangan kekasih. Yang mencintai dan yang dicintai. Sama-sama berbunga dalam hati.

Bulan Februari juga disebut-sebut sebagai ‘bulan cinta’ yang agung dan hakiki.

Nah, di kesempatan ini FashionValet selaku ‘rumah fesyen cinta’ meraikan bulan cinta dengan pelancaran kempen #ipunyayoupunya. Kempen ini berceritakan tentang pasangan kekasih yang “berkongsi” segalanya. Sama ada pakaian sedondon, hobi, makanan kegemaran malah sampai ke jenama produk penjagaan.

Namun #ipunyayoupunya bukan hanya untuk merai pasangan yang romantis semata-mata. Kamu juga dapat memberi penghargaan buat insan yang tercinta seperti ibu atau ayah atau adik beradik kamu di rumah sebagai tanda cinta kamu.

Bulan Cinta

Kempen #ipunyayoupunya dimadukan pasangan selebriti seperti Atita Haris & Nas-T, Sharifah Sakinah & Aliff Adha serta mogul fesyen, Vivy Yusof dan suami, Fadza Anuar

Bulan Cinta

 

Rai Bulan Cinta dengan Belaian Manja Wajah dan Tubuh

Bulan Cinta

Melvita’s L’Or bio® Extraordinary Oil pula saya cadangkan harus milik buat semua wanita di luar sana. Boleh digunakan pada tubuh badan juga pada rambut. Yang paling penting, ia meninggalkan hasil kemasan satin dan lembut pada permukaan kulit. Melvita juga dikenali sebagai jenama yang menghasilkan produk-produk daripada bahan semula jadi. Tidak ketinggalan buat minyak kecantikan ini.

Dihasilkan 100 peratus daripada 5 minyak semula jadi iaitu minyak Argan daripada Morocco yang memiliki banyak manfaat di dalam penjagaan wajah, minyak Kendi daripada Indonesia, minyak Inca Inchi daripada Amazonia, minyak Buriti daripada Brazil yang memiliki manfaat kulit sihat berseri serta minyak Pracaxi daripada Amazon yang mampu membuatkan rambut lebih kuat dan bersinar.

Bulan Cinta

Haruman apa yang sesuai buat kamu yang mahukan aroma bunga-bungaan hangat dan segar pada masa yang sama? L’Or Bio Eau de Toilette daripada Melvita ini adalah pilihan paling sesuai buat kamu. Aroma buah bergamot italia serta daun ara yang diadun indah bersama kemudian dipadankan dengan aroma manis bunga jasmin bersama bunga tiare. Bayangkan aroma maskulin kayu-kayan, vanila, benzoin, serta cedar Virginia pula disuntik ke dalam nota asas melengkapkan lagi aroma indah haruman ini. Paling menarik, ia dicipta 100 peratus semula jadi dan memiliki pengiktiradan cedar organik daripada ECOCERT.

Tiba masanya untuk kamu pula menghujani pasangan tercinta kamu itu tadi dengan aneka hadiah-hadiah unisex sempena kempen #ipunyayoupunya dan produk menarik Melvita ini dengan menyertai #StailMYGiveAway Month of Love dengan mengisi borang yang tertera.

Create your own user feedback survey

Terma dan Syarat Penyertaan:

1. Tempoh penyertaan dari 22 Februari 2019 – 10 Mac 2019.

2. Penyertaan eksklusif untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Keputusan akan diumumkan pada 11 Mac 2019, hadiah perlu diambil sendiri dalam tempoh seminggu (11 Mac 2019 – 15 Mac 2019, Isnin – Jumaat) di pejabat STAIL.MY (Kelana Jaya).

4. Senarai peserta bertuah akan dimaklumkan melalui E-mel.

5. Penyertaan yang lewat, tidak lengkap atau tidak jelas, tidak akan dilayan sama sekali.

6. Kakitangan, penaja, agensi pengiklanan dan keluarga terdekat tidak layak menyertai.

7. STAIL.MY dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama atau gambar peserta bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.

8. Pihak STAIL.MY juga berhak memilih mana-mana peserta sebagai pemenang untuk pertandingan ini.

9. Semua keputusan yang ditetapkan oleh STAIL.MY adalah MUKTAMAD.

10. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di 03-7886 5050.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE