SEARCH

Fresh Face 2018: Andi Bernadee

Fresh Face 2018: Andi Bernadee

Andi Bernadee FRESH FACE 2018 1

Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani  Pakaian: COS  Arahan Seni: Merrissa Emilda  Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
Andi Bernadee, 27 – Penyanyi

1 -Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu?

Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan berdarah Bugis. Saya mula menyanyi sejak usia tujuh tahun lagi kerana minat yang sangat mendalam dalam seni suara. Berjinak-jinak di bidang nyanyian sejak tiga tahun lalu menerusi aplikasi Smule.

Pada 2017, barulah mula menyanyi secara profesional. Baru-baru ini nama Andi mula dikenali secara mendadak berkat tular parodi lagu ‘Tak Tun Tuang’, nyanyian asal Upiak Isil dari Indonesia. Single saya yang berjudul “Tiada Lagi Maaf” juga dikeluarkan pada 2017.

2 – Perkara yang peminat tidak tahu tentang Andi selain viral ‘Tak Tun Tuang’ itu?

Zaman sekarang apa-apa pun semuanya mesti tular terlebih dahulu, barulah peminat mengenali kamu. Tidak dinafikan fenomena ini. Namun ramai yang tidak tahu saya pernah dipanggil oleh ibupejabat Smule di California, Amerika Syarikat untuk menjayakan iklan promo Smule di seluruh dunia sebagai wakil Malaysia.

3 – Jadi, adakah parodi yang tular itu sebahagian strategi pemasaran kamu?

Sejujurnya saya tidak merancang langsung parodi “Tak Tun Tuang” ini. Kebetulan ia menjadi tular dan membuatkan nama saya terkenal.

Memang benar saya ketika itu belum mandi. Jika saya ingat semula, semasa itu saya baru sahaja bangun tidur dan terus membuka telefon pintar. Saya menerima lagu itu menerusi Whatsapp. Saya terfikir, apa kata saya rekod sahaja parodi lagu ini sebelum pergi mandi. Saya tidak sangka ia tular. Apa yang kamu lihat dalam parodi itu, itulah Andi yang sebenar. Andi yang belum mandi (ketawa).

4 – Terangkan pula sedikit sebanyak tentang single kamu, ‘Tiada Lagi Maaf’?

Tiada Lagi Maaf” adalah hasil ciptaan pengurus saya, ND dan saya sendiri. Apa yang terkandung di dalam lagu itu sebenarnya amat dekat dengan diri saya yang sebenar. Apa yang terjadi pada tahun lepas. Ia tentang kisah putus cinta.

5 – Boleh dikatakan kamu lebih dikenali dengan insiden tular tersebut berbanding single pertama kamu itu tadi. Sedikit komen tentangnya?

Saya tiada masalah berkenaan isu ini. Sebab jika kita memandang dari sudut positif, kita mendapat pendedahan (exposé) yang baik, yang belum tentu ramai yang dapat. Melihat pada perjalanan seni Andi yang terkapai-kapai pada awalnya, insiden tular seperti ini sangat baik untuk perkembangan karier Andi. Secara tidak langsung, akhirnya orang akan tahu juga siapa sebenarnya ANDI BERNADEE.

6 – Idola dan sumber inspirasi kamu?

Tidak seperti orang lain, saya punya ramai idola dan sumber inspirasi. Namun untuk saat ini, saya jadikan Yuna sebagai sumber inspirasi saya. Bagi saya, Yuna tahu apa yang dia mahu. Dia berani bebas daripada kepompong industri dan keluar negara membawa nama Malaysia di persada antarabangsa.

7 – Jika diberi kesempatan, siapa penyanyi yang kamu ingin berkolaborasi bersama, selain idola kamu itu tadi?

Dayang Nurfaizah. Saya membesar sejak zaman dia menyanyikan “Seandainya Masih Ada Cinta” lagi. Cuba kita bandingkan dahulu dengan sekarang, “Lelaki Teragung” misalnya. Nampak perbezaan dari segi suara, teknik vokal dan R&B yang jauh lebih matang.

8 – Kongsi bersama kami, petua kecantikan alami yang kamu amalkan?

Lemon. Sekali dalam seminggu, Andi akan meletakkan lemon di atas muka untuk kulit muka yang lebih segar dan kurang berminyak. Lemon bukan sahaja menyingkirkan minyak, malah mengetatkan liang pori dan meratakan tona kulit. Lemon is reputable as a very good home remedies.

 9 – Lelaki dan kecantikan.

Zaman sudah berubah. Sang lelaki juga wajib menjaga keterampilan diri. Menurut saya, kita sebagai manusia mengambil masa tiga saat sahaja untuk menghukum penampilan manusia. Persembahan pertama itu sangat penting. Tika kita berpenampilan yang bersih-bersih, dicampur dengan personaliti yang baik-baik. For me, it’s a must.

10 – Sila beri pandangan, apakah industri seni di Malaysia lebih memilih rupa berbanding bakat? Kamu meletak diri kamu di mana?

Secara idealnya, tentulah bakat. Namun melihat situasi sekarang, saya kira memang memandang rupa terlebih dahulu. ZAMAN SEKARANG ARTIS ADALAH SEPERTI PRODUK.

Flawless, Siapa yang tidak mahu kulit tanpa cela, bukan? #skingoals saya adalah kulit yang tidak berminyak.

Produk saranan kami untuk jenis kulit berminyak SEPERTI ANDI

  1. Sephora Collection Micellar Milk in Rose
  2. Philosophy Hope In a Jar (versi gel)
  3. FAB à First Aid Beauty Ginger & Tumeric Vitamic C Jelly Mask
  4. Estee Lauder Advance Night Repair

Produk boleh didapati di Sephora

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE