Posted on April 20, 2021
Subang mutiara untuk lelaki? Memang trend ini bukan baru. Sejak Harry Styles memakainya menghadiri acara MET Ball dua tahun lalu, ia terus menjadi ikutan. Baru-baru ini Jacob Elordi memakainya pula untuk muka depan majalah Man About Town UK. Ia mengingatkan saya kembali kepada trend ini dan membawa kepada persoalan siapa yang mencetuskan trend ini sebenarnya?
Pada saya ia adalah simbol stail yang sungguh peribadi dan unik. Ia membangkitkan perasaan bahawa kamu yang memakai tidak gentar dengan kata-kata orang, kenal diri sendiri dan suka melanggar batas norma. Itu yang saya rasa pabila melihat seorang lelaki memakai subang mutiara. Saya ingat lagi sewaktu melihat Harry Styles memakainya di acara MET Ball, terketar-ketar saya mahu menindik telinga. Saya mahu nampak cool seperti Styles menyarung subang mutiara.
Sehingga saya juga turut mencari sepasang subang mitiara yang sempurna untuk saya gayakan. Perasaan yang sama bangkit kembali setelah melihat pelakon Jacob Elordi menyarung pula subang mutiara untuk muka depan majalah Man About Town UK. Ia mengingatkan kembali kepada trend cool ini dan membuat saya tertanya-tanya dari manakah asalnya atau siapa yang sebenarnya mencetuskan stail ini.
Henry Kitcher, model dan artis asal UK yang menggayakan trend subang mutiara untuk lelaki ini mula memakainya pabila ibunya menghadiahkan dia sepasang. Ibunya membandingkan subang mutiara tersebut dengan potret Sir Walter Raleigh yang tergantung di National Portrait Gallery di London. “Saya memakainya beberapa tahun sebagai tanda penghargaan dan hubungannya dengan figura sejarah hebat ini!”
Menurut sejarawan fesyen, Tony Glenville, Raleigh bukanlah satu-satunya figura yang menggayakan stail ini. “Ia bermula lama sebelum itu lagi.”
Satu subang mutiara yang hebat melambangkan kekayaan lautan Egyptians, Greeks dan Romans.
“Tetapi zaman Renaissance ialah masanya di mana lelaki benar-benar mula memakai subang mutiara sebelah sahaja sebagai statement. Mungkin kerana mencari pasangan mutiara besar yang sepadan agak sukar. Mungkin juga kerana memakai sebelah sahaja membuat kamu nampak kurang feminin berbanding memakai kedua-dua belah.”
Trend ini juga salah satu tanda dalam evolusi dunia fesyen bahawa stail maskulin dan feminin semakin hilang garis pemisahnya. Ia menjadi kenyataan bahawa lelaki era ini yang semakin berani bereksperimen dengan stail dan pemakaian serta memasukkan elemen feminin dalam gaya seharian. Kitcher berpendapat, “Subang mutiara terpilih kerana ia melambangkan ciri elegan yang jarang kita lihat ada pada lelaki.”
Mengingatkan saya di mana saya simpan subang mutiara saya ya?
Apa pandangan anda?