Posted on November 22, 2019
Nak dekat-dekat hujung tahun, sudah tentulah menjelma holiday season! Musim percutian adalah detik yang sangat-sangat mengujakan – tidak dibebani emel kerja yang bertimbun-timbun, sibuk merancang percutian ke luar negara, cuti sekolah dan yang paling menarik adalah jualan murah!
Apatah lagi hari Krismas jatuh pada masa hujung tahun, berkumandanglah lagu-lagu Krismas di pusat membeli belah, di kafe-kafe… ooh! The best feeling ever. Dan paling menyeronokkan? Parti, parti dan parti! Undangan ke parti sebagai tanda penyudah tahun 2019 atau hujung minggu yang panjang mahupun sekadar untuk menghabiskan cuti yang ada.
Berpartilah seperti hari esok tak kunjung tiba! Ketika digenangi keriangan malam terutamanya, bertambah indah dengan gaya-gaya cantik yang sesekali mencemburukan yang lain. Lazimnya, gaya-gaya ceraian seperti dress atau blaus yang sarat kemilau selalu jadi pilihan untuk ke parti. Cadangan kami? Ubah, jangan jadikan gaya kemilau itu biasa dan sama seperti yang sebelum-sebelum ini. Alang-alang melaram dengan citra glamor kemilau, might as well go all out. Memadukan ia bersama ceraian yang sarat motif atau corak, bersama kemeja T ataupun dilapisi satu lagi ceraian yang juga berkilau-kilau. Berani?
ALL GLITTER & TIP STAIL PARTI KALA MUSIM PERCUTIAN DENGAN ‘HIGH & LOW’
TRICK OR CHIC
Yup, you heard that right. Inspirasi Halloween untuk gaya parti. Kami membayangkan kemeja T dress Moschino musim Cruise 2020 yang tertera susunan kata “TRICK OR CHIC” ini, disempurnakan oleh kilau-kilau jemeki. Lapiskan poncho lutsinar (juga daripada Moschino) dan cinch waist dengan tali pinggang lebar Dior. But tinggi paras hampir ke lutut untuk menjadikan penampilan nampak lebih nakal.
GOING GAGA OVER GRUNGE GLAMOUR
Apa yang bisa digayakan dengan sepasang kasut but grunge? Dan siapa bilang ia tidak sesuai untuk parti? Pabila dipadankan dengan ceraian berkilau seperti blazer yang sarat jemeki daripada Zara ini, but grunge terus bertukar menjadi glamor. Bagaimana menambah citra quirkiness? Pakai skirt Gucci yang bermotifkan flora bersama aksesori kontra. Apa salahnya. Just for that one night.
KEMEJA T KE PARTI? BUKAN SATU ISU!
Kemeja T bukan untuk ke festival atau ke gig khas sahaja. Tidak menjadi masalah seandainya mahu menggayakan kemeja T untuk ke parti. Cara untuk menyuntik glamor ke atas kemeja T adalah padankan dengan ceraian berkilat – seperti seluar berkilat Dorothy Perkins ini – bersama kasut tumit tinggi ringkas berona hitam daripada Versace. Pilih apa sahaja apa-apa aksesori sepetti rantai atau anting-anting untuk melengkapkan gaya.
SKIRT ATAS DRESS?
Terkadang jemu juga melihat gaya parti dress singkat berkilat paras peha. Nampak basic. Bagaimana untuk memperlainkan ia? Cuba gaya skirt over dress dan pastikan skirt juga ada aspek kemilau, tetapi kontra dari segi butirannya. Kasut tumit tinggi Carolina Herrera dan clutch Fendi sebagai penegasan gaya.
Apa pandangan anda?