Posted on March 25, 2016
ZOWA, KUCHING, SARAWAK, 32, AKTOR
Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Saya pramugara sepenuh masa dan juga pelakon serta model sambilan.
Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Pengalaman baru dalam bidang lakonan setelah diberi peluang oleh pihak KRS Talent perkara yang saya tidak jangkakan dan ya pada saya ia sesuatu yang hebat.
Apa perkara terbaik menjadi seorang lelaki pada 2016? Tiada lagi batasan untuk berkarya dan menunjukkan apa yang kami mampu lakukan serta berkongsi dengan semua.
Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Will Smith kerana bagi saya dia seorang individu yang cukup berjaya tetapi pada masa sama cukup merendah diri.
Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Mendapat tempat dalam pertandingan CLEO Most Eligible Bachelor tahun lalu.
Hari yang sempurna buat kamu? Setiap kali ulang tahun saya. Tanda syukur masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati hidup.
Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Outgoing and more fun yang pastinya.
Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? I could say the music antara yang paling ketara pebezaannya. And yes I still love the music from my era.
Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Seorang arkitek.
Kamu ingin tua seperti…? My dad kerana dialah hero dalam hidup saya.
Apa pandangan anda?