Posted on January 27, 2017
Gambar: Chee Wei/ Yipieyaya Teks: Zaidi Che Solekan & dandanan: Emmy Agung Pakaian: COS Sitting editor: Azreezal Hafidz
ain edruce, 26 – PEngacArA
1- Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu, apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?
Saya seorang pengacara dan juga seorang peragawati sambilan. Buat masa ini, saya lebih fokus dalam bidang pengacaraan.
2 – Apakah tip menjadi seorang pengacara yang baik?
JUJUR. Kamu harus jujur dengan segala perkara atau isu yang ingin disampaikan. Bila kamu jujur, penonton juga senang menerima penyampaian kamu. Itulah perkara paling penting yang saya pegang selama ini.
3 – Kelebihan menjadi seorang pengacara?
Sangat suka apabila menyampaikan sesuatu, saya melihat penonton mula mencuba-cubanya. Jadi, saya berasa sangat berpuas hati jika melihat reaksi mereka positif. Saya rasa dihargai.
4 – Kongsikan pengalaman paling tidak dapat dilupakan sepanjang kerjaya kamu sebagai pengacara?
Pernah mengacara sebuah majlis anugerah berprestij secara langsung di Youtube. Kebetulan saya harus menemu-bual Afgan! Secara spontan saya terus mengeluarkan telefon bimbit saya dan bergambar bersamanya.
Bayangkan ia siaran langsung! Saya tak endahkan langsung suara orang-orang belakang tabir yang sedang panik kedengaran di fon telinga saya (ketawa).
5 – Pandangan kamu terhadap artis / pelawak yang lebih kerap terpilih menjadi pengacara, dewasa ini?
Jika sebelum ini dia penyanyi atau pelakon, atau seorang pelawak sekali pun, kamu tidak boleh mengaplikasikan semua atau segala sesuatu yang biasa kamu lakukan sebelum ini untuk sesi pengacaraan. Ia pekerjaan yang sangat berlainan.
6 – Adakah kamu bersetuju, Jika ya, apa? Jika tidak, kenapa?
Pada pendapat saya tidak salah jika dia ingin jadi seorang pengacara, tetapi belajar dan ketahuilah asas mengacara.
7 – Selain mengacara, apa lagi bakat kamu?
Boleh bermain alat muzik dan instrumen bertali. Sebelum saya melanjutkan pengajian ‘Sarjana Muda dalam Bidang Komunikasi’, saya graduan ‘Muzik (Diploma)’. Saya juga pandai memetik classical guitar dan pernah menyertai kugiran klasik.
8 – Pernah atau tidak terfikir menjadi seorang pengacara? Jika bukan, kamu mahu menjadi?
Sebenarnya, tak pernah menyangka saya bakal menjadi seorang pengacara. Namun saya harus akui, sedari kecil saya memang seorang gadis yang sangat suka bercakap (ketawa).
Saya masih ingat, pengacaraan pertama saya untuk “Girls Only Show” di 8TV. Rancangan inilah yang banyak mengajar saya selok belok dunia pengacaraan.
Sesungguhnya bidang pengacaraan lebih memberi kegembiraan berbanding bidang peragaan. I’m doing something that I love. Iaitu bercakap (ketawa).
9 – Di sebalik solekan cantik, lampu-lampu sorot yang terang bercahaya, siapa kamu sebenarnya?
Seorang gadis yang sangat periang dan petah berkata-kata. Bagaimana kamu melihat saya mengacara, begitulah perwatakan saya di luar sana.
10- Bayangkan diri kamu lima tahun ke hadapan. Kamu melihat diri kamu ?
MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEKARANG.
Apa pandangan anda?