Posted on January 28, 2018
Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani Pakaian: COS Arahan Seni: Merrissa Emilda Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
Niena Azman, 31- Penjaga Gol Futsal Kebangsaan
1- Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu.
Hai nama saya Niena Azman dan berasal dari Johor Bahru. Saya kini berumur 31 tahun dan masih belum berkahwin. Kini saya sedang lagi bekerja dan berkhidmat di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tetapi di samping itu, saya juga ada membuat servis coaching untuk akademi futsal wanita dan lelaki juga untuk kelab futsal Putra Ria FC.
2- Boleh ceritakan lagi tentang posisi kamu dalam sukan ini?
Saya penjaga gol untuk pasukan futsal kebangsaan. Bukan itu sahaja, dahulu saya juga pernah menjadi penjaga gol untuk pasukan bola sepak wanita kebangsaan. Namun untuk sukan bola sepak ini saya sudah lama retired. Kali terakhir adalah pada 2013 iaitu mewakili Sea Games.
3- Mengapa futsal? Bagaimana segalanya bermula?
Sebenarnya saya main futsal ini sekadar suka-suka bersama teman-teman. Masa itu, team saya tiada penjaga gol, dan memandangkan saya ada serba-sedikit basic dalam tangkapan bola kerana pernah bermain suka bola jaring, jadi saya pun bermain untuk posisi penjaga gol ini. Pada ketika itulah peluang datang di mana ada seorang jurulatih ternampak dan panggil saya untuk bermain bersama pasukan Johor. Dan apabila sudah bermain untuk Johor dan dapat pula bermain untuk sukan-sukan wanita, jurulatih pasukan kebangsaan pula nampak potensi saya. Dari situ mereka approach saya untuk pasukan kebangsaan. Ketika itu pada 2006, saya dipanggil untuk mewakili pasukan bola sepak bawah 23 tahun untuk kelayakan AFC Cup.
4- Pernah memenangi sebarang kejuaraan untuk mana-mana liga?
Paling terbaru, saya bermain untuk pasukan Felda United dan berjaya merangkul juara untuk Liga Futsal Kebangsaan. Dan sebelum ini pada acara Sea Games 2017, kami kalah dengan Indonesia dan hanya berjaya merangkul tempat ke-4.
5- Bagaimana pula dari segi latihan, memandangkan kamu juga bekerja sepenuh masa.
Seperti biasa, saya akan pergi ke kerja seperti biasa di sebelah pagi. Sebelah malam pula, saya akan menjalani latihan bola. Dan jika ada pertandingan besar dan memerlukan kami untuk duduk di kem, kebiasaannya latihan akan menjadi lebih padat, sebelah pagi dan petang. Kadang-kala akan ada sesi gim juga.
6- Any upcoming tournament?
Sepatutnya sebelum menjelang Raya tahun ini bakal ada perlawanan AFC Cup di China, namun saya rasa masih belum ada khabar berita lagi sama ada kami akan dipanggil untuk menyertainya atau tidak. Akan tetapi, kini kami lebih sibuk menfokuskan kepada perlawanan Liga Futsal Kebangsaan yang mungkin berlangsung bermula Februari ini.
7- Ada sebarang pengalaman buruk pernah kamu alami sepanjang bermain sukan ini?
Kecederaan. Itu perkara biasa. Kecederaan seperti knocking ataupun bleeding adalah normal. Saya pernah kena hentam dengan bola pada muka. Dahulu saya pernah memakai pendakap gigi dan apabila bola terkena bibir, bibir pula pecah. Mata juga pernah bengkak. Tetapi kecedaraan yang serius belum pernah lagi saya alami, Alhamdulillah.
8- Ada sebarang perubahan dalam gaya hidup kamu sebagai seorang atlet wanita?
Sudah tentu. Saya harus jaga pemakanan. Bukan sekadar mengawal berat badan malah untuk menjaga kulit wajah. Selain itu supplement tambahan juga perlu kerana tubuh sentiasa berpeluh. Supplement dan nutrisi, kedua-dua ini amat penting.
9- Bagaimana pula dengan rutin penjagaan wajah kamu?
Saya akan mencuci muka dengan sebersih-bersihnya. Kemudian saya akan lengkapkan rutin penjagaan wajah dengan menyapu losen, serum dan krim wajah.
10- Pada pendapat kamu, adakah wanita kini setanding lelaki dalam bersukan?
Secara peribadi, bagi saya, kita kaum wanita mampu buat sama dengan kaum lelaki. Saya sudah mengajar baik wanita dan lelaki dalam sukan ini, bagi saya sama sahaja. Cuma lelaki lebih sikit daripada segi kekuatan kerana mereka sememangnya dilahirkan dengan biologi dalam badan yang agak berbeza. Namun daripada segi yang lain, sama sahaja.
Ramai orang mahukan kulit putih, tetapi saya tidak mahu. #skingoals saya adalah untuk mendapatkan kulit wajah sekata dan tidak bercapuk. Sebagai atlet, kadang-kala kita tidak sedar apabila berpeluh terus mencuci muka. Ia boleh mengakibatkan panau!”
PRODUK SARANAN KAMI UNTUK JENIS KULIT kombinasi SEPERTI niena azman
- Mario Badescu Glycolic Foaming Cleanser
- Fresh Rose Hydrating Gel Cream
- GlamGlow Glowstarter Mega Illuminating Moisturizer
- Caudalie Beauty Elixir
Produk boleh didapati di Sephora
Apa pandangan anda?