Posted on February 16, 2017
NISHA EZZATI, 23 – SOCIAL MEDIA INFLUENCER
1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu, apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?
Hi saya Nisha Ezzati. Seorang vloger/Youtuber dan juga blogger kecantikan di NISHXNISH. Saya seorang yang sangat aktif di alam maya.
2 – Bagaimana kamu menyampaikan blog/vlog kamu? Dan apakah kandungan utama blog/vlog kamu itu?
Kecantikan, hiburan dan isu semasa. Saya menulis soal kecantikan, alat solek, reviu dan fesyen hijab. Jika saya dapati ada isu menarik, saya terus menulis dalam blog atau merakam video di laman Youtube saya untuk bacaan atau tontonan peminat-peminat. Saya suka menulis tentang pengetahuan dan menyebarkan kesedaran.
3 – Kamu mula memakai hijab sedari usia? Apa perasaan kamu ketika itu dan apa yang membuat kamu terus berhijab?
Saya memakai hijab secara sepenuhnya pada usia 17. Pada mula memang agak janggal, kemudian jadi biasa dan dapat terima. Jujurnya, pada mula saya hanya mengenakannya kerana bagi saya hijab mudah untuk bersiap. Just wear it, you ready to go.
Sekarang, mungkin kerana faktor usia, saya perbetulkan niat saya. Hari ini saya menyarung hijab kerana kewajipan saya menutup aurat sebagai seorang wanita. Perasaan sangat senang ketika memakai hijab.
4 – Idola atau selebriti hijab kesukaan kamu?
She is the definition of pretty with brain. Dia juga seorang yang sangat rajin dan sangat peramah. Bagi saya, Vivy Yusuf seorang genius pemasaran. Apa sahaja yang dia sentuh, dia jual.
5 – Bagi kamu (seorang yang berhijab), kenapa segelintir wanita berhijab di luar sana, sanggup berhabisan ratusan malah ada yang sampai ribuan ringgit, demi sehelai hijab?
Pabila dia membeli, dia bukan hanya membeli sehelai hijab, tetapi dia membeli lifestyle (gaya hidup). Dia membeli kualiti, membeli nama dan jenama yang dibawa.
Jika kamu perhatikan, setiap golongan wanita yang berhijab pasti punya stail-stail hijab yang berlainan. Dia mahu kelihatan cantik seperti personaliti-personaliti hijab yang menyarungnya. Merasa dekat dengan komuniti tersebut.
6 – Bagaimana kamu menerangkan pemakaian hijab pada teman-teman bukan-Islam kamu?
Selalunya pabila mereka bertanya, saya akan terangkan yang saya pakai bukan kerana terpaksa atau dipaksa. Saya menyarung hijab kerana saya SUKA dan dengan rasa RELA HATI. Dengan itu mereka akan mengerti.
7 – Sebagai generasi Y, apakah kamu melihat terdapat perbezaan fesyen hijab antara generasi kamu dengan generasi (milenial) selepas dan sebelum generasi (gen X) kamu?
Saya melihat generasi X lebih santai. Asal menutup aurat dan fesyen hijab yang tidak keterlaluan. Sementara, generasi selepas saya, iaitu generasi milenial, mereka lebih berani bereksperimentasi dan lebih kreatif.
8 – “Pemakaian hijab adalah satu bentuk penindasan terhadap kaum wanita”. Apakah kamu setuju atau tidak setuju dengan penyataan ini? Berikan alasan.
Melihat pada situasi. Negara-negara dengan majoriti penduduk Muslim yang lebih moden seperti negara kita (Malaysia), saya kira tiada masalah. Saya sendiri memakai hijab kerana kerelaan hati.
Mungkin ada kumpulan yang beri nasihat, cuba memujuk supaya berhijab, tetapi tidak lah sampai memaksa-maksa. Namun sesetengah negara, mungkin terdapat “penindasan” itu. Paksaan untuk wanita mengenakan hijab.
9 – Menurut kamu, wanita berhijab yang ingin berfesyen harus?
KREATIF. Kamu boleh sahaja mengikut trend atau peredaran masa, tetapi kamu harus pandai menyesuai-reka (improvise). Beri peluang minda kamu bereksperimentasi, selagi ia kelihatan sopan dan sederhana (modest). Katakan kamu mahu memakai off-shoulder, you should wear an inner inside.
10 – Hijab, stail, fesyen dan kecantikan bagi kamu?
HIJAB ITU ADALAH CARA KAMU MENDEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN.
Stail adalah bagaimana kamu meluahkan ekspresi, fesyen pula sesuatu yang fun untuk dimainkan. Kecantikan paling utama bagi saya adalah KECANTIKAN DALAMAN diri kamu.
Apa pandangan anda?