Posted on January 16, 2018
Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani Pakaian: TSyahmi Arahan Seni: Merrissa Emilda Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
Annees Sofea, 22 – Penulis
1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu?
Nama saya Annees Sofea. Saya baru sahaja menamatkan kuliah. Buat masa ini, saya aktif dalam bidang peragaan, lakonan dan teater. Saya juga aktif dalam seni penulisan kreatif. Saya menulis sajak, pujangga dan puisi. I wrote poetry and do spoken word at some indie gig and revolt around those.
2 – Bagaimana kamu tahu kamu mahu menjadi seorang penulis?
Saya tak pasti bila saya mula menulis. Saat saya menulis, saya lepaskan emosi. Bagi saya menulis memberi saya suatu kepuasan untuk berekspresi. Saya cuba berkongsi dengan semua di lapangan media sosial. Syukur mendapat reaksi yang positif daripada pembaca. Mereka suka dan boleh kaitkan kehidupan mereka dengan penulisan saya. One day, I would publish my own book.
3 – Stail dan gaya penulisan kamu?
Sastera. Penulisan saya lebih kepada “Haiku Poetry”. Saya juga mengarang cereka pendek. Penulis rujukan saya seperti Long Leav dan Rupi Kaur.
4 – Senaskah buku yang benar-benar membuka pandangan kamu terhadap kehidupan?
“Milk and Honey” nukilan Rupi Kaur.
Saya perasan yang penulisan saya lebih menjurus kepada kesedihan. Sangat mencengkam dan sangat melankolik. Ia sesuatu yang berkait rapat dengan kehidupan. Tulisan dan naskah-naskah seperti itu lebih dekat dengan diri. I find it more related to me.
5 – Jika kamu diberi peluang menulis senaskah buku lengkap, kamu mahu menulis tentang apa? Apa yang ingin kamu sampaikan?
Saya cinta menulis. Saya mahu menulis banyak lagi puisi. Saya mahu sampaikan suara yang tidak tersampaikan di luar sana. Suara mereka-mereka yang senyap. Mereka-mereka yang tidak tahu meluahkan ekspresi diri. Saya mahu membantu mereka dan menjadi insan tengah dalam menjadi jurucakap antara suara-suara terkunci ini. Saya sampaikan apa yang mahu disampaikan.
6 – Buku tentang kecantikan?
Untuk hal-hal yang berkaitan kecantikan, jujurnya saya tidak membaca bahan cetakan. Majalah-majalah seperti Vogue, ya mereka punya tip-tip kecantikan dan trend fesyen terkini untuk dianuti, tetapi secara peribadi, saya lebih gemar mendapatkan informasi tentang kecantikan secara atas talian. Misalnya blog, Youtube dan portal lengkap seperti STAIL.MY
7 – Tiga rejim kecantikan yang harus ada dalam tas kamu?
Fresh rose petal toner. Yang terkandung kelopak mawar sebenar di dalamnya. Moisturizer and face mist.
8 – Kecantikan itu adalah…
CANTIK ITU SENI.
9 – Ciri-ciri kulit wajah idaman?
Kita semua mempunyai ketidakamanan yang berbeza tentang diri masing-masing, yang tidak pula orang lain mengetahui. Saya mahu kulit wajah yang tidak perlukan solekan.
10 – Menulis memberi kamu?
Rasa bebas. Menulis itu mendengar ketika saya berekspresi.
My #skingoals to not have make up on without any insecurities
PRODUK SARANAN KAMI UNTUK KULIT JENIS KOMBINASI SEPERTI ANNESS SOFEA
- Glam Glow Galacticlense Hydrating Jelly Balm
- Fresh Kombucha Tea Essence
- Boscia Tsubaki Swirl Moisturizer
- Skin Inc Oxy-Recharge Bubble Mask
Produk boleh didapati di Sephora
Apa pandangan anda?