Posted on January 4, 2018
Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani Pakaian: Milik Penata Gaya Arahan Seni: Merrissa Emilda Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
Steffi Sidhu, 30 – Pemain Futsal Kebangsaan
1- Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu.
Nama penuh saya Steffi Sarge Kaur berusia 30 tahun, berasal dari Taiping, Perak. Kini saya bekerja di Majlis Perbandaran Subang Jaya. Saya mewakili Malaysia untuk sukan futsal dan juga bola sepak serta baru sahaja tamat perlawanan Sea Games 2017 di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu. Malangnya kami kalah dan hanya berjaya menduduki tempat keempat.
2- Adakah ini perlawanan Sea Games pertama kamu?
Oh tidak, ini adalah kali ketiga saya menyertai Sea Games. Yang pertama adalah pada 2007 yang berlangsung di Thailand dan kemudian 2013 di Myanmar. Terakhir ialah tahun lalu di Kuala Lumpur.
3- Boleh kamu kongsikan bersama kami sejak bila kamu mula bermain sukan futsal ini?
Sebenarnya, saya sudah bermain sukan futsal ini agak lama namun sekadar suka-suka dan hobi di masa lapang bersama teman-teman. Saya mula serius pada 2011, ketika itu jurulatih bola sepak saya sengaja memanggil dan mengajak saya untuk mencuba sukan futsal dengan lebih serius. Saya bertuah kerana terpilih untuk menyertai pasukan kebangsaan pada ketika itu.
4- Selain futsal dan bola sepak, sukan apa lagi yang pernah kamu sertai?
Saya aktif bermain hoki dan handball ketika di sekolah untuk pertandingan peringkat kebangsaan. Ketika itu saya mewakili negeri Perak.
5- Pernah mengalami kecederaan teruk yang tidak boleh dilupakan sepanjang bermain sukan?
Pernah. Saya pernah mengalami kecederaan di bahagian hamstring pada 2015. Agak mengerikan sebenarnya kerana saya perlu dicucuk jarum sepanjang 10 sentimeter dan tebal! Cucuk di bahagian punggung untuk mengambil darah saya dalam 10 tiub. Mereka harus memproses kembali darah saya kemudian mencucuknya kembali ke dalam punggung. Agak perit! Akan tetapi kini saya sudah kembali pulih sepenuhnya. Segalanya berpunca kerana saya tidak melakukan stretching dengan betul dan mungkin kerana overused juga haha.
6- Siapakah idola kamu dalam dunia sukan?
Saya sememangnya sangat meminati Nicol David. She is so perfect. Dia juga satu dalam sejuta. Walaupun sukan skuasy ini tidak diiktiraf sangat, sebagai contoh di Olimpik, tiadanya sukan skuasy. Namun saya pasti jika acara skuasy diwujudkan dalam pertandingan besar seperti ini, dia bakal menjadi yang pertama merangkul pingat emas buat negara. Bagi saya, dia seorang yang sangat berdisiplin dalam latihan. Dia juga seorang yang sangat fit dan menjaga fizikal badan. Jika di dalam sukan bola sepak, semestinya Messi, Ronaldo serta Neymar menjadi idola saya.
7- Adakah kamu rasa lelaki takut dengan wanita yang gagah di padang?
Dahulu mungkin ya! Pernah satu ketika saya pernah dipandang rendah oleh mereka. Tapi sekali saya ole mereka, semua terkejut! Haha. Itu sahaja caranya untuk mengajar mereka. namun, itu dahulu. Sekarang tiada lagi timbul isu sebegitu.
Untuk pengetahuan kamu juga, saya kini bermain untuk pasukan bola sepak Superlawak FC. Di mana ia adalah pasukan yang terdiri daripada beberapa selebriti dan bekas pemain bola sepak negara. Dan kesemua mereka adalah lelaki. Saya langsung tidak dibuli, malah dihormati oleh mereka. Malah rasa lebih seronok bermain dengan mereka ini.
8- Pesanan kamu untuk wanita yang mahu menyertai sukan lasak?
Sesiapa sahaja wanita di luar sana yang mahu mencuba sukan ekstrem ini, jangan sesekali takut. Cuba sahaja dan jangan malu-malu. If you never try, you will never know. Just go for it.
9- Boleh kongsikan rutin penjagaan wajah harian kamu?
Walaupun saya seorang yang aktif bersukan dan berada di gim hampir setiap hari, saya akan memastikan kulit wajah kekal terjaga. Saya akan pastikan wajah sentiasa bersih, jadi saya akan mencuci, kemudian dilengkapkan dengan rutin menyapu toner. Akhir sekali saya akan sapu pelembap. Saya juga tidak boleh tinggal rutin menyapu minyak pada wajah setiap malam.
10- Adakah kamu rasa rutin mengoles pelembap itu penting dalam rutin penjagaan harian wajah kamu? Dan bila waktu yang perlu kamu mengaplikasikan pelembap wajah?
Ya, pelembap itu penting. Ia akan membuatkan wajah kekal lembap dan mengurangkan risiko kulit kering. Pelembap wajib dioles setiap pagi dan malam.
#skingoals saya semestinya saya mahukan wajah yang bersih. Sejujurnya saya paling takut jika wajah dihinggap jerawat. Benda ini akan menghantui diri saya. Susah jika wajah sudah mula terkena jerawat ini.
Produk saranan kami untuk jenis kulit berminyak SEPERTI Steffi
- Kate Somerville Tight’N Cryogenic Gel (mula dijual 18 Januari 2018)
- Philosophy Purity Made Simple
- Dr Jart+ Water Fuse Dew Drops (mula dijual 4 Januari 2018)
- GlamGlow Bubblesheet Oxygenating Deep Cleanse Mask (mula dijual 18 Januari 2018)
Produk boleh didapati di Sephora
Apa pandangan anda?