Posted on January 18, 2018
Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani Pakaian: Milik Penata Gaya Arahan Seni: Merrissa Emilda Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
ZAWIR RAHIM, 27 – DOKTOR
1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu?
Nama penuh saya Muhammad Yusuf Zawir Bin Abdul Rahim. Lahir pada tanggal 29 Disember 1991 dan dibesarkan di Tangkak, Johor. Saya dikenali sebagai Zawir, tetapi di tempat kerja saya dipanggil Yusuf. Saya juga alumni Universitas Gadjah Mada, Yogjakarta, Indonesia.
Sekarang saya memegang jawatan sebagai “houseman” yakni pengamal perubatan yang belum lagi mendapat pendaftaran penuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Wajib bagi setiap graduan melengkapkan kursus dan latihan perubatan mereka selama dua tahun sebelum didaftarkan secara sah di Lembaga Perubatan. Buat masa sekarang, saya masih berada di tahap pemantauan.
2 – Terangkan lebih mendalam tentang ‘houseman’?
First rule of thumb, never fight your superior. Itu yang paling utama.
Saya bangun seawal jam 5:30 pagi. Bermula dengan tugasan mengambil dan memeriksa darah. Saya harus melayani kira-kira 6 – 8 pesakit dalam satu hari. Bertanyakan pada mereka tentang aduan, sama ada penyakit mereka bertambah baik atau pun tidak, kalau-kalau ada aduan baru. Periksa mereka dengan lebih mendalam. Kemudian tuliskan laporan.
Setelah tamat sesi, saya bersama rakan ‘houseman’ yang lain akan menduduki satu lagi pusingan bersama doktor atasan kami. Kami akan laporkan dan kemas-kini maklumat tentang pesakit-pesakit di bawah kelolaan kami itu. Sementara itu, bacaan darah pagi tadi telah pun dikeluarkan untuk pemeriksaan lanjut.
3 – Setelah ‘houseman’, kamu akan menjadi…?
Saya merancang untuk menjadi pakar bedah, terutama pembedahan plastik. Terdapat dua jenis pembedahan plastik iaitu “constructive” dan juga “aesthetic”. Saya lebih kepada “aesthetic”.
“Aesthetic” ialah pembedahan berunsurkan kecantikan, sementara “constructive” pula pembedahan memperbaiki kerosakan fizikal akibat kemalangan atau kecacatan sejak dari kecil (misalnya sumbing).
4 – Seperkara yang membuat kamu bahagia?
Hubungan saya dengan pesakit. Saya senang melihat pesakit-pesakit di bawah jagaan saya mulai sembuh. Melepaskan mereka dari wad tahanan tanpa ada sebarang masalah. Melihat mereka gembira bersiap-siap untuk pulang ke rumah.
Kadang-kadang jika tersempak atau berjumpa semula, mereka amat berterima kasih kepada saya. Mereka senyum lebar. Ada yang sampai menghantar makanan ke wad dengan nota ringkas. ‘Terima kasih’. Ia perasaan yang sangat saya hargai.
5 – Pandangan kamu tentang lelaki dan kecantikan?
Era sebelum ini – di mana dunia yang masih bersih dari jaringan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram – secara amnya, golongan Adam tidaklah terlalu mementingkan soal kecantikan.
Namun hari ini, dengan lambakan media sosial seperti yang diperkatakan tadi, umat manusia termasuk lelaki merasa yang mereka harus mengejar arus kemodenan yang deras ini, termasuklah soal kecantikan dan perapian diri.
Mereka merasa perlu tampil dengan lebih sempurna. Untuk menjadi versi diri sendiri yang lebih baik daripada sebelumnya. Bagaimana kamu mempersembahkan diri kamu sekarang sangat penting. To improvise yourself. To look better. To dress up well.
6 – Diari kecantikan yang tidak boleh dilupakan?
Jujurnya, saya adalah salah seorang mangsa produk kecantikan komersial. Semasa di Indonesia, saya mencuba pelbagai produk kecantikan. Saya pernah pergi ke beberapa pusat kecantikan komersial di sana.
Di Indonesia, terdapat banyak pusat kecantikan komersial yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kulit wajah saya bertambah teruk akibat intipati kandungannya. Kebanyakan produk-produk kecantikan komersial tersebut mengandungi steroid.
Kulit wajah saya seakan-akan terbakar. Ia tidak bagus untuk kesihatan kamu. Kulit wajah menjadi tipis. Dengan iklim Indonesia, kulit wajah saya bertambah parah. Akhirnya, saya ke pusat dermatologi bertauliah untuk mendapatkan rawatan yang berkesan.
7 – Bagaimana mahu mengenal pasti jika terdapat sebarang tanda-tanda keradangan seperti itu?
Sekiranya kamu mempunyai masalah kulit muka, sebaik-baiknya segeralah ke pusat dermatologi bertauliah yang berdekatan. Jangan membeli produk kecantikan atau kesihatan secara semborono. Baca terlebih dahulu isi kandungannya.
Kebanyakan produk-produk itu – ‘terutama jenama bebas‘ – mengandungi Hydroquinone Steroid. Memang benar agen kimia ini bakal mencerahkan kulit kamu, tetapi ia juga akan menipiskan lapisan teratas kulit wajah kamu. Pabila kulit nipis, pori juga makin tipis. When it is shallower, it “looks” like its smoother.
Sedangkan ia tidak baik kerana ia juga menghakis melanin. Melanin ialah pigmentasi yang membentuk warna kulit kamu. Saya boleh katakan, tuhan sudah lapiskan kita dengan melanin yang sesuai dengan cuaca dan persekitaran manusia. Selain memberi warna, melanin juga mencegah sinaran UV daripada menembusi kulit wajah kamu.
Sekiranya kulit wajah tidak dilindungi oleh melanin, ia akan terdedah dengan pelbagai serangan dan komplikasi. Yang paling berbahaya, ancaman kanser kulit. Jika kamu berkulit gelap atau sawo matang, jangan terlalu gopoh untuk kelihatan cerah kerana kamu dibekalkan dengan melanin semula jadi yang sangat berguna untuk cuaca negara kita. The melanin is protecting you. Having a lighter skin tone should not be a concern.
8 – Lalu, bagaimana pula mencapai kulit wajah sempurna?
Pengambilan air sangat penting. Hidrasi. Jika kamu minum cukup air, badan kamu, termasuk kulit wajah kamu bakal sihat dan terhidrasi sempurna. Ia menjana metabolisma yang baik untuk kulit kamu.
Pelembap juga sangat penting. Ia bertindak sebagai pelindung tambahan untuk kulit wajah kamu. Ia turut melindungi air daripada lekas tersejat. Jika kulit wajah kamu kering, ia tiada perlindungan tambahan. Jangkitan kuman dan bakteria mudah menyerang.
Jadi, perkara yang paling utama dan penting dalam mencapai kulit wajah yang sempurna ialah membasuh muka secara rutin, hidrasi serta diikuti dengan pelembapan.
9 – Apakah kecantikan yang ideal?
Bagaimana cara kamu persembahkan penampilan kamu. Bagaimana kamu membuat orang merasa selesa berhampiran kamu. Apabila orang suka dengan kehadiran kamu, ia bakal mewujudkan atmosfera yang positif. Sebagai doktor, saya mahu pesakit saya selesa dengan saya. Bukan sahaja melalui faktor fizikal, malah emosi. Orang kata cantik dalaman dan luaran.
10 – Tentang kecantikan…
Being beautiful is being happy with yourself.
Secara peribadi, saya mahu kelihatan segak dan kemas. Saya mahu menjadi lebih baik daripada saya di hari semalam. Jika ada kesempatan di masa mendatang, saya mahu pelajari dan dalami lebih banyak lagi perkara (tak semestinya kecantikan) untuk menjadi seorang yang lebih menawan.
Apa pun, nasihat saya jangan terlalu mencuba. Maksud saya, ada beberapa individu yang terlalu try-hard sehingga menjadi bahan jenaka. Jangan terlalu mencuba sampai orang mengata. Ia memberi impak yang negatif dan tidak bagus untuk kesihatan mental kamu. Just be yourself, but that doesn’t mean you need to stop from improving and improvising yourself.
#skingoals saya adalah kulit yang sekata dan lembapan yang seimbang serta bebas daripada sebarang cela dan komplikasi
Produk saranan kami untuk jenis kulit berminyak seperti Zawir rahim
- Kate Somerville Tight’N Cryogenic Gel
- Philosophy Purity Made Simple
- Dr Jart+ Water Fuse Dew Drops
- GlamGlow Bubblesheet Oxygenating Deep Cleanse Mask
Produk boleh didapati di Sephora
Apa pandangan anda?