Posted on May 24, 2026

Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, program STAIL.MY Fresh Face telah menjadi platform untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam dunia fesyen, kecantikan, gaya hidup, seni dan penciptaan kandungan. Setiap tahun, Fresh Face membuka peluang kepada individu berpotensi untuk menyerlah melalui pendedahan editorial, sesi penggambaran kreatif, kolaborasi bersama jenama dan liputan media. Bukan sekadar pertandingan populariti, Fresh Face memberi ruang kepada personaliti dengan identiti dan kreativiti tersendiri untuk berkembang dalam industri. Malah, beberapa alumni Fresh Face kini semakin dikenali dalam dunia hiburan, fesyen dan digital termasuk Hannah Delisha, Ain Edruce dan Welson Sim.
Untuk edisi kali ini, STAIL.MY sekali lagi mencari wajah-wajah segar yang mempunyai personaliti menarik, kreativiti dalam menghasilkan kandungan dan semangat untuk membina nama dalam industri. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 20 hingga 35 tahun, perempuan dan lelaki. Tidak kira sama ada kamu seorang pencipta kandungan, model, pelakon, ahli muzik, usahawan kreatif atau sekadar seseorang dengan aura tersendiri, ini mungkin peluang kamu untuk menjadi sebahagian daripada keluarga STAIL.MY Fresh Face. Jika kamu rasa kamu mempunyai potensi untuk menjadi wajah STAIL.MY Fresh Face 2026, jangan lepaskan peluang ini.
Daftar sekarang di sini, tarikh tutup penyertaan 5 Jun 2026:

Untuk melihat alumni dan finalis Fresh Face sebelum ini, layari:
STAIL.MY Fresh Face Archives
Untuk pertanyaan lanjut:
Email ke tanya@stail.my




















.gif)

Apa pandangan anda?