Posted on September 18, 2020
SOP Hertz ke atas semua pengambilan kereta sewa mereka membuatkan penyewa berasa selamat dan seronok untuk meneruskan percutian.
Walaupun ini bukanlah kali pertama kami menggunakan perkhidmatan kereta sewa Hertz tetapi tentunya berbeza kerana proses mengambilnya dilengkapi dengan SOP yang diperlukan dalam suasana dunia diselubungi pandemik ketika ini. Dan ini tentunya membuatkan kami lebih rasa terjamin dan selamat untuk menjalani percutian lebih sempurna.
SOP Hertz menggunakan turutan Hertz Gold Standard Clean di mana sebelum mereka menyewakan mana-mana kenderaan, ia akan dibersihkan dan dibasmi kuman mengikut CDC guideline dengan proses pembersihan 15 point. Mereka menggunakan Hertz Total Disinfectant dan meletakkan tanda pada tingkap kenderaan sebagai perlindungan.
Tentunya dalam keadaan Malaysia ketika ini yang masih belum benar-benar bebas daripada COVID-19, mengetahui bahawa Hertz amat menitik beratkan SOP pembasmian kuman ini memberi jaminan bahawa percutian atau penyewaan kereta kamu lebih terjamin dan selamat.
Proses menyewa juga tidak susah. Semua boleh dilakukan di pusat pungutan dan pemulangan Hertz di Skypark Terminal, Subang. Memulangnya juga tidak ada masa-masa tertentu. Kamu boleh sahaja meletakkan kunci kereta di dalam kotak Hertz yang disediakan. Seperti kami yang memulangkannya hampir jam 12.30 malam tempoh hari. Ini juga saya kira antara faktor penting dalam pengendalian sewa pulang kereta.
InSTAILgramworthy bersama SOP Hertz ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
Terima kasih kepada Hertz dan SOP Hertz, trip InSTAILgramworthy kami ke Jambatan Angkat di Kuala Terengganu menjadi juga. Setelah hampir enam bulan tidak ke mana-mana, trip ini menjadi antara memori manis kami bersama teman-teman. Road trip ke Kuala Terengganu memberi kesempatan kami meluangkan masa bersama teman-teman, bergurau senda dan bertukar cerita serta menjalin semula hubungan yang selama hampir enam bulan berlangsung hanya melalui telefon.
Mujur pula Hertz memberi kereta Starex, Hyundai yang boleh memuatkan lapan orang, kecohlah suasana di dalam kereta sepanjang perjalanan. Sebaik sampai di Kuala Terengganu, kami terus makan tengah hari. Kebetulan tak jauh dari Jambatan Angkat kerana memang mengikut perancangannya kami akan terus ke situ selepas makan tengah hari.
Bertuah juga kami kerana waktu kami ke sana, kerana kenal dengan beberapa orang penting kami dapat menyaksikan sendiri jambatan itu terangkat walaupun ia bukan mengikut jadual. Bertuah lah kami dapat meihatnya sendiri membuatkan trip InSTAILgramworthy kami ini lebih bermakna.
Jambatan Angkat ini adalah jambatan keempat yang merentas Sungai Terengganu selepas jambatan Sultan Mahmud, Manir dan Sekati. Jambatan ini terletak betul-betul di mulut Sungai Terengganu. Rekaannya benar-benar berinspirasikan London Tower Bridge. Ia juga menghubungkan Muara Selatan dengan bandar Kuala Terengganu di bahagian Seberang Takir. Strukturnya benar-benar mengagumkan kerana membuktikan Malaysia juga mampu membina jambatan sehebat London Tower Bridge. Lengkaplah trip kami apalagi setelah melihat jambatan ini terangkat.
Untuk kamu yang mahu melakukan roadtrip seperti kami dan mahu menyewa kereta Hertz, boleh lawati laman web Sime Darby Car Rental untuk berbuat demikian. Percayalah proses nya senang dan terjamin selamat. Untuk yang mahukan previu kepada Jambatan Angkat ini, tonton dahulu video di bawah.
Apa pandangan anda?