Posted on February 12, 2018
Tengah hari, Ahad. Saya duduk mengadap laptop menulis rencana ini. Di corong speaker bermain lagu Real, lagu rap oleh Kendrick Lamar feat. Anna Wise. Lagu ini sungguh bagus. Liriknya sungguh benar dan beat nya sungguh catchy. Saya menikmati lagu ini sesungguh-sungguhnya. Sahabat saya Jeffrey Yan yang memperkenalkan saya kepada Kendrick Lamar. Saya tak pernah peduli dengan penyanyi rap kerana ia bukan my cup of tea. Tetapi Kendrick Lamar is sooooooooo good. Lagu-lagunya tulus dan membincangkan isu-isu yang kita lalui setiap hari. Ia memberi pengajaran kepada saya.
Mendengar lagu ini membuat saya terfikir betapa cintanya saya dengan being real. Ya saya tak mahu menulis tentang cinta biasa sempena Februari ini sebaliknya saya mahu bercerita tentang CINTA saya kepada BEING REAL. Kerana saya percaya apa pun cerita cinta dalam dunia ini perlu bermula dengan menjadi diri kamu yang sebenar. Being real adalah asas kepada semua cinta-cinta agung yang kamu dambakan.
Cinta yang dipaksa, yang perlu dipupuk beria-ia, dilakukan atas sebab mengikut tuntutan dan jangkaan masyarakat tidak sepatutnya dibenarkan lagi. Kerana pada dasarnya, kamu sebenarnya perlu bermula dengan mencintai diri sebenar kamu dan sesiapa sahaja yang kamu pilih untuk bersama. Pabila kamu cintakan diri kamu yang sebenar dan pasangan kamu juga memiliki cinta yang sama, barulah hubungan itu benar-benar tulus, lutsinar tanpa sebarang kepuraan atau paksaan.
Pasangan kamu itu juga haruslah mencintai your realness. Hanya dengan cara ini baru kamu betul bertemu cinta sebenar kerana tiada apa pun tentang kamu atau dia yang palsu. Semuanya berlandaskan kebenaran. Baru sekejap tadi sebelum mula menulis ini saya post satu quote di laman Instagram saya yang berbunyi, “Fall in love with a person who enjoys your madness, not with an idiot who forces you to be normal.” Ya jika kegilaan kamu itu adalah diri kamu yang sebenar, mengapa kamu perlu menjadi normal, berubah dan menurut imej sempurna yang pasangan kamu bayangkan tentang kamu?
Kalau betul kamu mahu bercinta, imej sempurna yang harus dibayangkan oleh pasangan kamu ialah diri kamu yang sebenar itu. Kalau itu dia tak boleh terima, seperti jawapan saya kepada komen staf saya, Amira dalam post Instagram sata tadi, “Bolayan saja.” Sejak saya mula menunjukkan diri saya yang sebenar melalui video-video saya di laman Instagram, saya banyak mendapat DM dan komen yang mengatakan betapa mereka cintakan diri saya yang sebenar ini. Yang gila, fun dan cinta dengan diri saya yang sebenar. Saya fikir mungkin dalam dunia yang semakin sibuk dan serius ini, manusia mendambakan sesuatu yang ringan, yang real dan tiada kepura-puraan.
Jadi banyaklah antara followers saya mula bereaksi terhadap hasil kerja saya. Terhadap nukilan dan kata-kata nasihat saya yang berpaksikan kebenaran. Yang saya rasakan benar dan patut diketengahkan kepada masyarakat secara amnya. Saya mahu kekuatan cinta saya pada being real ini disampaikan juga kepada followers, kepada masyarakat agar mereka juga percaya kepada kekuatan cinta pada being real. Dengan cara ini saya rasa dunia akan menjadi tempat yang lebih baik.
Dalam lagu Real ada disebut,
I do what I wanna do
I say what I wanna say, when I feel, and I
Look in the mirror and know I’m there
With my hands in the air, I’m proud to say yeah.
Inilah yang saya percaya patut dijadikan paksi dalam setiap manusia. Kamu mungkin rasa pabila kamu mengamalkan ini, banyak orang takkan dapat menerima kamu. Tapi let me tell you, that is not important. Apa yang paling penting ialah kamu itu perlu menerima diri kamu dan tidak merasa keterpaksaan dalam menjadi seseorang akur pada jangkaan orang semata-mata. Kerana pada saatnya kamu menurut kepada jangkaan orang, itulah saatnya kamu tidak lagi menjadi diri kamu. Dan ini sesuatu yang sangat sedih. Jangan biarkan ia terjadi kepada kamu.
Inilah sebabnya dalam bersahabat juga, sahabat sebenar atau sejati ialah sahabat yang akan memberitahu perkara sebenar kepada sahabatnya. Dia tidak akan menipu dan sentiasa cuba menyebut yang indah-indah dan manis-manis sahaja kepada kamu. Jika boleh katakan boleh, jika salah beritahu sahabat kamu apa yang kamu lakukan itu salah. Sekali lagi, hanya pabila kamu berkata yang benar sahaja baru kamu boleh dianggap sahabat sejati. Jadi bagaimanalah saya tidak cintakan pada being real?
Menjadilah benar dalam mencinta.
You love so much, you love when love hurts.
You love fast cars and dead presidents old.
You love fast women, you love keepin’ control.
Of everything that you love, you love beef.
You love streets, you love running, ducking police.
You love your hood, might even love it to death.
But what love got to do with it when you don’t love yourself.
KENDRICK LAMAR
Hanya pabila kamu mencinta diri kamu yang sebenar, kamu dapat memberi hati kamu kepada mereka yang benar-benar layak mendapatnya. Seperti saya dengan hati saya yakni sahabat-sahabat saya. Saya menyedarinya sebelum saya mula menulis tadi, tentang sahabat-sahabat saya yang memiliki hati saya. Mereka juga adalah hati saya. Cinta saya. Kerana saya sentiasa berbual dengan mereka, berdialog dengan mereka tentang keraguan, kepastian, keyakinan, keinginan, nafsu, cinta, kematian dan kehidupan. Kerana merekalah saya bisa menjadi diri saya yang sebenar malah boleh terlalu mencintai pula diri saya yang sebenar ini.
Jadi pada kamu yang mungkin terlalu mengambil berat dengan bulan cinta ini. Tanya pada diri kamu apakah kamu sudah bermula dengan mencintai your real self? Jika kamu tidak boleh menjawab soalan ini, saya nasihatkan cari dulu jawapannya. Atau cari keyakinan untuk kamu boleh katakan pada diri kamu bahawa kamu cintakan the real you. Kerana percayalah itu adalah permulaan kepada cerita cinta agung yang akan kamu alami dan nikmati dalam hidup kamu. Sampai kamu tak perlu pun menunggu satu bulan ini demi meraikan cinta sebaliknya seluruh hidup kamu adalah mengenai meraikan cinta. Salam sayang semua.
#normalisthenewavantgarde
PIPI RAZI, SOCIAL MEDIA INFLUENCER
Kemeja T jalur dipadankan bersama jaket pleather hitam dan seluar kargo. Tema nautikal turut diteruskan kepada stoking dan sneaker nya. Semua helaian daripada UNIQLO.
KITTIE YIYI, PEREKA FESYEN
Menyatukan kontra dari segi warna – biru bertemu merah dan dimadukan dengan hijau – untuk gaya ‘utilitarian’ dan ilham Safari. Menunjukkan keberanian dalam penggayaan. Semua helaian daripada UNIQLO.
AZREEZAL HAFIDZ, KETUA PENGARANG
Kot trench khaki (dijadikan skirt) dipadankan dengan kardigan putih dan skirt denim paras lutut. Topi jingga digayakan bersama skarf milik peribadi. Ton yang digunakan adalah daripada rona tanah dan muted. Semua helaian daripada UNIQLO.
Apa pandangan anda?