Merdeka kita tahun ini sudah masuk yang ke-59. Melihat kepada persediannya tahun ini, rasanya kita tidak lagi beria-ia meraikan kebebasan kita. Dalam negara kita dilanda pelbagai masalah – jerebu, ekonomi, seleweng dan politik masakan kita mampu memfokus kepada keraian dan bersuka-suka. Beberapa lama kita berbangga-bangga dengan kemerdekaan yang kita ada. Tanpa sebarang penjajah dan kongkongan pihak luar. Kita bangga kerana di negara kita ini banyak aktiviti pembangunan berlangsung. Bahkan kita dikatakan menuju ke arah status negara maju. Tetapi banyak antara kita yang tidak sedar, ini hanyalah analogi yang disogokkan kepada kita selama beberapa dekad sejak kemerdekaan. Bagi kita, jika kita tidak dijajah dan bergantung pada pihak luar, kita ini merdeka. Walaupun sebenarnya kemerdekaan bagi saya haruslah bermula daripada asas yang paling asas buat kita yakni…