SEARCH

Tag: #pfw

Gate Crasher Di Pertunjukan Chanel : Gimik / Tak Sengaja?

Fesyen Trend V1 3 October 2019 0 Comments

Gate crasher yang datang menerjah pertunjukan fesyen, tanpa diundang dan tidak dialu-alukan. Ia terjadi kelmarin di atas pentas Chanel musim bunga panas 2020 sewaktu finale. Saat model-model berjalan mendudu-dudu menyudahi pertunjukan, sekonyong-konyong seorang perempuan naik ke atas pentas lalu masuk menyelit di antara model-model tersebut, berjalan memperolok-olokkan lagak model, mencekak pinggang, mendabik dada dan melangutkan kepalanya tanda bangga. Kejadian penceroboh…

read more

Dress Oleh Demna Gvasalia Ini (Mungkin) Jadi Buah Mulut Pencinta-Pencinta Fesyen

Fesyen Trend V1 1 October 2019 0 Comments

Memang betullah minggu fesyen Paris adalah tentang mencipta momen. Percayalah, momen ‘terbaru’ Paris adalah dress oleh Demna Gvasalia untuk Balenciaga musim bunga panas 2020! Kendatipun sudah diuar-uarkan bahawa Demna Gvasalia menoktahi perjalanannya di Vetements, dia mencetus pula detik yang pastinya menjadi sorotan utama di minggu fesyen Paris. Kelmarin, pentas Balenciaga musim bunga panas 2020 seyogia mendapat pujian! Demna menyerasikan himpunannya,…

read more

Ezra Miller Drag Lagi? PFW Membuktikan Semuanya Tentang ‘Mencipta Detik’

Fesyen Trend V1 27 September 2019 0 Comments

Ezra Miller drag sekali lagi sewaktu menghadiri pertunjukan Saint Laurent musim bunga panas 2020 di Paris? Hmm. Apa yang anehnya pun. Tidak ada apa yang aneh fasal Ezra menunjukkan tabiat sebegitu. Ezra yang memilih untuk muncul di apa-apa acara tertentu sebagai ‘medium’ untuk dirinya mencipta statement dan kali ini, pertunjukan Saint Laurent menjadi tempat untuk melampiaskan hasratnya – menggayakan kemeja…

read more

Paris Panas! Tayang Bralette Adalah Solusi Gaya S/S 2020

Fesyen Trend V1 26 September 2019 0 Comments

Oh la la! Paris panas! Sampaikan ia menemukan ‘norma’ baharu dalam penggayaan. Kami mati-mati ingat gaya memfesyenkan baju dalam yakni bra atau rasa leluasa bercoli, yang dua tiga tahun lalu trending di kalangan selebriti-selebriti – Dior did the bra-trend thing and Kenzo too – barangkali sekadar a one-off thing. Tetapi minggu fesyen Paris musim bunga panas 2020 yang sedang berlangsung…

read more

PFW F/W 2019 : ‘Post’ Apresiasi Buat Si Genius, Karl Lagerfeld

Fesyen Trend 8 March 2019 0 Comments

Jumpa lagi kelak Paris! Berakhir sudah minggu fesyen Paris. Minggu fesyen yang bercampur baur perasaannya. Rasa teruja, antisipasi, besar hati bercampuran lara dan terharu, apatah lagi setelah kehilangan si genius fesyen, Karl Lagerfeld. Timbul persoalan, bagaimana agaknya pertunjukan Chanel nanti tanpa ada Karl? Terbayang-bayangkan perasaan undangan-undangan yang datang menyaksikannya, terutama sekali barisan pemain kuat fesyen yang sudah sekian lama melihat…

read more

PFW F/W 2019 : Pendapat Kami Tentang Fahaman Centre Pompidou Louis Vuitton

Fesyen Trend 7 March 2019 0 Comments

Nicolas Ghesquiere malas? Rasa teruja tidak tersemat dalam dadanya untuk mengeluarkan himpunan Louis Vuitton seperti musim-musim terdahulu yang nampak ‘arsitektural’ dan sculptured? Sebaliknya membayangi jenama-jenama lain yang bersandarkan pendekatan eklektik? Nicolas berubah hati mungkin. Dia tidak malas dan benar, dia memanifestasikan sesuatu yang eklektik menerusi himpunan Louis Vuitton musim luruh 2019 kali ini. Louis Vuitton mengumpamakan hal hidup di dunia…

read more

SUBSCRIBE