5 Lagu Kamu Perlu Tahu Sebelum Ke Konsert Innuendo, April Nanti

Konsert Innuendo – The Return 2020, Menggamit Nostalgia R&B 90’an

Konsert Innuendo The Return 2020

For the 80’s and 90’s kids, tipulah kalau kamu tidak mengenali kumpulan pop R&B yang terdiri dari Sam (Shamsul Azhar), Taj (Ahmad Tajuddin) dan Pot (Saiful Amir) yang satu ini.

Selepas berehat atau hiatus panjang dari industri muzik, INNUENDO kembali dengan konsert untuk meraikan kemunculan semula mereka, INNUENDO – THE RETURN yang dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat, jam 8:30 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur tanggal 10 April 2020.

Konsert dengan durasi dua jam itu tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat setia atau ‘die hard fan’ mereka kerana INNUENDO akan melagukan semula repertoir dari album mereka, antaranya ‘Belaian Jiwa’, ‘Selamanya’, ‘Gemawan’, ‘Ratu Hati’ dan banyak lagi.

Tiket Konsert Innuendo The Return 2020

Konsert INNUENDO – THE RETURN adalah ibu segala konsert bagi INNUENDO

Pernah mendapat jolokan Boyz II Men Malaysia berikutan paduan suara mereka yang harmoni, konsert ini juga bakal mendapat sentuhan legenda muzik, Michael Veerapan sebagai pengarah muzik berserta 12 pemuzik langsung yang akan mengiringi konsert ini.

“Saya sendiri adalah peminat INNUENDO. Saya masih ingat semasa itu saya berusia 15 tahun dan pernah berazam untuk menonton konsert mereka suatu hari nantI. Siapa sangka ia menjadi realiti?,” ucap Shirazdeen Abdul Karim, CEO Shiraz Projects selaku penganjur konsert.

Dianggarkan 20 buah lagu pelbagai genre bakal dipersembahkan mereka khas buat peminat yang sudah lama ternanti-nantikan kemunculan semula mereka di persada muzik arus perdana. Ia bakal menjadi satu malam yang diingati oleh semua mata yang menonton dan telinga yang mendengar dan merasa.

Tiket-tiket bermula dengan harga sedari RM125 (Gold), RM255 (Platinum), RM355 (Diamond) dan RM695 (Temu dan Ramah) di www.myticket.asia/InnuencoConcert2020

Poster Konsert Innuendo The Return 2020

5 lagu popular mereka untuk persediaan Konsert INNUENDO – The Return 2020

Belaian Jiwa

Ratu Hati

Akhirnya – Ft Camelia

Gemawan

Selamanya

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Teks Gambar Bogel Sebelum Dating, Apa Kata Kamu?
5 Lagu Kamu Perlu Tahu Sebelum Ke Konsert Innuendo, April Nanti