
Siapa kamu untuk kami kenali?
Saya seorang fulltime content creator. Niche saya lebih kepada beauty, fashion, food and lifestyle. Kini berusia 30 tahun, baru berkahwin dan turut membantu suami membangunkan studio kecilnya.
Bagaimana daripada kandungan beauty/fashion anda beralih ke makanan?
Sebenarnya saya seorang yang suka makan dan suka masak di rumah. Berdasarkan pemerhatian saya, orang kita memang mudah tertarik dengan content makanan. Ia bermula ketika saya mahu berkahwin di mana saya mula mengamalkan pemakananan sihat untuk berat badan idaman. Saya terfikir, alang-alang saya menyediakan menu sihat ini, kenapa tidak saya videokan saja. Secara tak sengaja video-video saya tentang Breakfast with Me viral dan teruslah saya perbanyakkan kandungan-kandungan seperti itu.
Bagaimana personaliti kamu di luar dan dalam media sosial?
Saya bukanlah fake. Tapi saya tak nafikan, ada kala kita mempunyai karekter berbeza antara ke dua dunia itu. Kalau di media sosial saya cuba selaraskan dengan content yang ingin dikongsi, manakala kalau di luar orang mengenali saya sebagai seorang yang gila-gila dan loud. Tidak salah mencipta karekter berbeza di media sosial, janji ia masih dalam perwatakan yang baik.

Tidak penatkah terus-menerus mencipta content media sosial?
Penat juga tapi ia menyeronokkan dan saya suka dengan apa yang saya buat. Dan, ya jika ia dibuat secara konsisten dan disukai warga maya, ia boleh menghasilkan pendapatan. Ia bagaikan satu bisnes juga. Yang penting, cipta saja kandungan ‘real you’ kerana orang lebih suka mahu tahu kebenaran siapa kamu daripada sesuatu yang direka-reka.
Siapa inspirasi kamu dalam bidang ini?
Keluarga. Ayah saya sendiri seorang usahawan, ibu orang sale, kakak dan adik juga dalam bidang content yang sama. Jadi, mereka inilah yang menjadi inspirasi saya setiap kami mahu berkarya dan terus berdiri. Suami juga seorang jurugambar, pastinya dia menjadi tulang belakang saya dan penyokong tegar kerana dia sendiri faham industri ini.

Pernah melalui detik terendah sepanjang 30 tahun ini?
Tahun lepas apabila salah seorang ahli keluarga kami disahkan mengidap kanser. Ia menjadi tahun paling merundum buat kami sekeluarga. Namun, kami tidak boleh terus rebah, kami harus menjadi sumber kekuatan dia dan dia sendiri amat positif dalam melalui setiap rawatan dan hari-harinya. Alhamdulillah, dia nampak semakin baik.
Kenapa memilih untuk menyertai Fresh Face?
Saya ingin mencabar diri dengan mencuba sesuatu yang baru. Saya ingin keluar dari comfort zone saya. Melalui program seperti ini, saya dapat belajar untuk berdepan dengan orang dengan lebih ‘real’, ia menjadi platform untuk memberi keyakinan dan kematangan kepada saya.
Apakah stail yang mencerminkan identiti kamu?
Saya sukakan stail minimal dengan sedikit cuitan warna. Cukup satu warna untuk menghiasi penampilan dan menjadi penyeri.
Photographer: Edmund Lee
Videographer: Jufri Jamaludin
Stylist: Azreezal Hafidz
Teks: Afiza Kamarulzaman
Makeup: El Manda Zuhairy
Rambut: VV Chan mengunakan Schwarzkopf Taft
BACA: Fresh Face 2025 : Sam Free









.gif)

Apa pandangan anda?