Posted on October 21, 2026

Bercuti ke destinasi musim sejuk pastinya memberikan pengalaman yang berbeza, terutama bagi kita yang biasa dengan cuaca tropika Malaysia. Daripada menikmati pemandangan bersalji hinggalah berjalan-jalan di bandar dengan suhu yang jauh lebih rendah, setiap perjalanan memerlukan persediaan yang sesuai supaya kita dapat menikmati percutian dengan lebih selesa.
Namun, menyediakan pakaian untuk cuaca sejuk bukan sekadar membawa jaket tebal atau menyarungkan beberapa lapisan pakaian. Salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah pemilihan thermal wear yang sesuai dengan suhu destinasi dan aktiviti sepanjang perjalanan.
Di sinilah lapisan asas atau base layer memainkan peranan. Dipakai paling hampir dengan kulit, thermal wear membantu mengekalkan kehangatan badan, mengurus kelembapan dan memberikan keselesaan ketika bergerak dalam cuaca sejuk.
Menerusi koleksi Therma Pro, Universal Traveller memperkenalkan empat pilihan thermal wear yang direka untuk memenuhi keperluan suhu berbeza, daripada cuaca sejuk sederhana hinggalah keadaan yang lebih ekstrem.
Kenapa Thermal Wear Penting Ketika Bercuti Pada Musim Sejuk?
Apabila bercakap tentang pakaian musim sejuk, kita mungkin lebih mudah terfikir tentang kot, jaket tebal, sarung tangan dan aksesori lain. Walaupun semuanya penting, lapisan pakaian yang paling hampir dengan kulit juga tidak boleh dipandang ringan.
Thermal wear berfungsi sebagai lapisan pertama yang membantu memerangkap haba badan supaya kita kekal hangat. Pada masa sama, keupayaannya mengurus kelembapan membantu mengelakkan rasa tidak selesa apabila badan mula berpeluh, terutamanya ketika berjalan jauh atau melakukan aktiviti luar.
Pemilihan thermal wear yang tepat juga memudahkan kita menggayakan pakaian secara berlapis tanpa perlu memakai terlalu banyak lapisan yang boleh mengehadkan pergerakan. Ini penting kerana suhu boleh berubah sepanjang hari, terutama apabila kita bergerak antara kawasan luar yang sejuk dan ruang dalaman yang mempunyai pemanas.

Enam Ciri Utama Therma Pro Yang Menyokong Keselesaan
1. Thermal Insulation
Membantu mengurangkan kehilangan haba badan supaya kehangatan dapat dikekalkan ketika berada dalam persekitaran bersuhu rendah.
2. Heat Retention
Membantu memerangkap dan mengekalkan haba badan, sekali gus memberikan rasa hangat sepanjang pemakaian.
3. Moisture Wicking
Membantu menyerap dan mengalihkan kelembapan daripada kulit supaya badan tidak terasa terlalu lembap ketika bergerak atau melakukan aktiviti.
4. Quick Drying
Membantu fabrik mengering dengan lebih cepat, memberikan keselesaan tambahan sepanjang perjalanan.
5. Breathability
Membolehkan pengudaraan yang lebih baik supaya pemakaian kekal selesa, termasuk ketika berada di dalam ruang tertutup atau bergerak aktif.
6. Ergonomic Flexibility
Direka untuk memberikan fleksibiliti dan kebebasan bergerak tanpa rasa terlalu terbatas, sesuai untuk pelbagai aktiviti sepanjang percutian. Gabungan ciri ini menjadikan Therma Pro bukan sekadar lapisan pakaian untuk menghalang kesejukan, tetapi juga pilihan praktikal untuk menyokong keselesaan ketika meneroka destinasi musim sejuk.
Empat Pilihan Therma Pro Mengikut Suhu Destinasi
Suhu destinasi merupakan antara perkara utama yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih thermal wear. Terlalu ringan mungkin tidak mencukupi untuk keadaan yang lebih sejuk, manakala pilihan yang terlalu tebal pula boleh menyebabkan rasa kurang selesa apabila suhu berubah atau ketika melakukan aktiviti.
Therma Pro menawarkan empat pilihan yang boleh dipertimbangkan mengikut keperluan perjalanan:
| Koleksi | Julat suhu yang disyorkan |
| THERMA PRO BASIC | Sehingga 5°C |
| THERMA PRO ADVANCE BAMBOO | -20°C hingga 5°C |
| THERMA PRO MAX | -25°C hingga 0°C |
| THERMA PRO ULTRA | -30°C hingga 0°C |
Nota: Julat suhu yang dinyatakan merujuk kepada suhu persekitaran luar apabila Therma Pro dipakai bersama lapisan pakaian musim sejuk yang bersesuaian, dan bukan apabila dipakai secara bersendirian.


THERMA PRO BASIC: Untuk Cuaca Sejuk Sederhana
Bagi destinasi yang mengalami suhu sejuk sederhana, BASIC menawarkan pilihan thermal wear untuk keperluan harian ketika bercuti. Ia sesuai dipertimbangkan bagi mereka yang mahukan lapisan asas untuk membantu mengekalkan kehangatan badan tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada pakaian luar yang tebal.


THERMA PRO ADVANCE BAMBOO: Gabungan Kehangatan Dan Keselesaan
ADVANCE BAMBOO menggunakan fabrik berasaskan buluh yang menggabungkan kehangatan, kebolehbernafasan dan keselesaan pada kulit. Dengan julat suhu yang disyorkan antara -20°C hingga 5°C, pilihan ini sesuai untuk mereka yang mengutamakan keselesaan sepanjang hari, terutama ketika meneroka destinasi dengan perubahan suhu.


THERMA PRO MAX: Untuk Suhu Lebih Rendah
Apabila perjalanan membawa kamu ke destinasi dengan suhu yang lebih rendah, MAX menawarkan tahap kehangatan tambahan dengan julat suhu yang disyorkan antara -25°C hingga 0°C. Ia boleh menjadi pilihan bagi mereka yang merancang untuk menghabiskan lebih banyak masa di luar dalam keadaan cuaca yang lebih sejuk.


THERMA PRO ULTRA: Pilihan Untuk Keadaan Lebih Ekstrem
Sebagai pilihan paling hangat dalam rangkaian Therma Pro, ULTRA direka untuk keadaan suhu yang lebih mencabar dengan julat suhu yang disyorkan antara -30°C hingga 0°C. Ia sesuai dipertimbangkan bagi mereka yang menuju ke destinasi dengan suhu sangat rendah atau lebih sensitif terhadap cuaca sejuk.
Sebagai contoh, jika kamu merancang perjalanan ke Austria ketika suhu sekitar -5°C, MAX atau ULTRA boleh dipertimbangkan bergantung pada aktiviti yang dirancang, tahap keselesaan peribadi dan sensitiviti terhadap kesejukan. Mereka yang mudah berasa sejuk mungkin lebih selesa memilih ULTRA, manakala pilihan lain boleh disesuaikan mengikut keperluan pemakaian dan lapisan pakaian yang digunakan.
Jangan Lupa Teknik Layering Ketika Bercuti
Memilih thermal wear yang sesuai merupakan langkah pertama. Namun, untuk mendapatkan keselesaan ketika berada dalam cuaca sejuk, teknik pemakaian berlapis atau layering juga penting. Secara asasnya, terdapat tiga lapisan yang boleh dijadikan panduan:
Base Layer
Lapisan pertama yang dipakai paling hampir dengan kulit. Di sinilah thermal wear memainkan peranan untuk membantu mengekalkan kehangatan badan dan mengurus kelembapan.
Mid Layer
Lapisan pertengahan berfungsi memberikan penebatan tambahan. Kamu boleh memilih sweater, fleece atau pakaian lain yang sesuai dengan suhu destinasi.
Outer Layer
Lapisan paling luar seperti jaket atau kot musim sejuk membantu melindungi badan daripada angin, hujan dan salji, bergantung pada jenis pakaian yang dipilih.
Gabungan ketiga-tiga lapisan ini membolehkan kamu menyesuaikan pemakaian mengikut keadaan cuaca dan aktiviti. Jika berada di dalam bangunan yang lebih hangat, kamu juga boleh menanggalkan lapisan luar supaya tidak berasa terlalu panas.

Lengkapkan Persediaan Musim Sejuk Bersama Universal Traveller
Bagi mereka yang sedang merancang percutian ke destinasi bersuhu rendah, pemilihan pakaian yang sesuai boleh membantu menjadikan perjalanan lebih selesa. Daripada memahami suhu destinasi hinggalah memilih lapisan pakaian yang tepat, setiap persediaan memainkan peranan dalam memastikan kamu dapat menikmati pengalaman musim sejuk dengan lebih baik.
Menerusi Therma Pro, Universal Traveller menawarkan empat pilihan thermal wear yang boleh disesuaikan mengikut keperluan suhu dan keselesaan pemakai. Koleksi ini boleh didapati di cawangan Universal Traveller di seluruh negara serta secara dalam talian menerusi laman web rasmi mereka.
Lebih menarik, dari 2 hingga 29 November 2026, pelanggan yang membuat pembelian Therma Pro dengan perbelanjaan minimum RM600 di cawangan Universal Traveller akan menerima Bear Hug Neck Pillow secara percuma, sementara stok masih ada.
Jadi, sebelum mengemas beg untuk percutian musim sejuk yang seterusnya, pastikan kamu memberi perhatian kepada lapisan asas yang akan menemani setiap langkah perjalanan. Kerana dalam cuaca sejuk, keselesaan bermula daripada apa yang kamu pakai paling hampir dengan kulit.
Therma Pro Ultra Women tersedia untuk pembelian di butik Universal Traveller termasuk Mid Valley, Pavilion KL, Southkey, Aeon Tebrau, IOI City Mall, Sunway Pyramid, The Spring, Setia City Mall, Sunway Carnival, Sunway Velocity, Paradigm Mall, TRX, The Curve, Central I-City, East Coast Mall, Mahkota Parade, Aeon Melaka, Sunway Putra Mall, LaLaport, Permaisuri Imperial City Mall dan Sunway Big Box. Atau dapatkan secara atas talian menerusi laman web rasmi Universal Traveller.



















.gif)

Apa pandangan anda?