Posted on January 30, 2026

Ayuh kita ber’soirée’ dalam suasana petang yang indah sempena pelancaran PETRA Lebaran 2026. Hampir sedekad menyulam identiti Lebaran yang tersendiri, PETRA terus memperkukuh naratifnya sebagai jenama yang meraikan keyakinan wanita moden melalui rekaan yang tenang, matang dan sarat dengan makna. Koleksi PETRA Lebaran 2026 tampil sebagai sebuah penghormatan terhadap warisan Nusantara yang ditafsir semula melalui perspektif kontemporari — berani namun bersahaja, tradisional tetapi kekal segar dan relevan.

Kolaborasi Eksklusif Bersama Hilton Petaling Jaya
Menariknya pelancaran koleksi Lebaran tahun ini, PETRA menyatukan dua dunia yang diraikan — fesyen dan hospitaliti mewah — menerusi kolaborasi eksklusif bersama Hilton Petaling Jaya. Terletak strategik di nadi bandar Petaling Jaya, hotel ikonik ini sinonim dengan reka bentuk kontemporari yang anggun, layanan bertaraf dunia serta ruang acara yang elegan.
Keindahan ini diperkaya dengan pengenalan Lobby Event Space (LES), sebuah ruang baharu yang direka untuk memenuhi keperluan acara moden dengan sentuhan sofistikasi. Direka sebagai ruang hibrid yang serba versatil, LES menawarkan keseimbangan antara fungsi dan estetika — sesuai untuk mesyuarat formal, sesi latihan mahupun pertemuan sosial yang lebih intim. Dengan susun atur yang merangkumi ruang mesyuarat khusus, tempat duduk santai serta kemudahan bilik air yang terintegrasi, LES dicipta untuk menggalakkan interaksi, hubungan dan pertukaran idea yang bermakna.

Pentas Intim untuk PETRA Lebaran 2026
Ruang eksklusif ini menjadi pentas sempurna kepada pelancaran Koleksi PETRA Lebaran 2026, di mana kehalusan rekaan, ketelitian seni jahitan dan keanggunan abadi diraikan dalam suasana yang hangat dan intim. Sejajar dengan identiti eksklusif jenama PETRA, koleksi ini diperkenalkan melalui sebuah pengalaman yang dikurasi dengan penuh teliti, menganyam keindahan fesyen dalam nuansa elegan dan bermakna.

Warisan Nusantara dalam Interpretasi Moden
Berakar daripada siluet klasik Baju Kurung, koleksi ini ‘digahkan’ melalui potongan moden yang kemas, pemilihan fabrik mewah yang terhampar indah serta permainan cetakan yang dikurasi dengan penuh ketelitian. Setiap helaian mengekalkan keseimbangan identiti PETRA — ekspresif tanpa berlebihan, tradisional dengan suntikan malar segar. Tahun ini, PETRA menyelusuri kekayaan budaya Nusantara sebagai sumber inspirasi utama. Siluet kebaya tampil sebagai teras koleksi, diperkaya dengan ritma cetakan ikat serta sentuhan motif flora yang romantis. Hasilnya, terlahir sebuah seleksi yang terasa akrab namun diperbaharui, meraikan nilai kewanitaan, kelembutan dan identiti serantau dalam estetika moden yang halus.

Rekaan Inklusif untuk Wanita Moden dan Seisi Keluarga
Menyantuni kepelbagaian saiz dan ragam personaliti wanita moden, PETRA Lebaran 2026 dicipta untuk mereka yang melangkah ke hadapan dengan yakin sambil membawa nilai warisan dengan penuh bangga. Ia bukan sekadar sepasang baju raya, tetapi sebuah pusaka budaya yang menjadi jati diri dan pegangan murni. Koleksi ini menampilkan 28 rekaan eksklusif, merangkumi koleksi wanita, PETRA Petite untuk kanak-kanak serta Baju Melayu Teluk Belanga, menjadikannya seleksi lengkap dan sempurna untuk seisi keluarga.

PETRA Lebaran 2026 ditawarkan pada harga bermula RM299 hingga RM795, dan boleh didapati secara dalam talian di www.petrartw.com di PETRA Store, Seksyen 7 Shah Alam, serta di Isetan KLCC.




















.gif)

Apa pandangan anda?