Posted on January 24, 2020
Hujung Januari ini, tak sabar menanti Sometime X Dato Rizalman? Ya! Dato Rizalman Ibrahim akan melepaskan himpunan rekaan beg, kolaborasinya yang keempat bersama Sometime by Asian Designers.
Kelakar juga melihat jenaka berjela Dato Rizalman Ibrahim menggayakan beg yang direkanya dalam akaun Instagram-nya. Memperkenalkan tanda pagar #bukan4tapi8tambah1, dia menunjukkan lebih empat cara pakai atau gaya, yang masing-masingnya ada lagak serta ragam tersendiri. Gaya cross-body, ala-ala beg pau, dijinjit seperti clutch, kemudiannya dipakai sekiranya berpergian mengerjakan umrah sehinggalah bergaya seperti rempit pun ada!
Pujian buat Dato Rizalman kerana dia berani melakukan ‘pemasaran’ yang relatable dengan pengikut-pengikutnya. Menjentik rasa mahu membelinya pun ada.
New era, new collection. Inilah hasil kerjasama Dato Rizalman yang keempat bersama Sometime by Asian Designers. Kali ini, setiap butiran atau perincian diberi perhatian – bag tag, tali beg yang boleh laras juga kompartmen beg yang lebih mesra. Ada tiga rangkaian beg yang menjadi fokus utama yakni Rinew, Rimoon dan Rifanny.
Kolaborasi Sometime X Dato Rizalman ini adalah yang paling dinanti-nantikan saban musim. Menurut ketua bahagian produk Sometime, Nicole W., himpunan kolaborasi tahun lalu laku sekali dan laris terjual pada hari pertama pelancarannya, menerusi atas talian! “Sewaktu mengadakan release eksklusif di bilik pameran kami di The Gardens Mall pun, pelanggan-pelanggan setia kami serta penggemar-penggemar jenama Rizalman sudah beratur, menanti seawal jam 5.30 pagi!” Jelas Nicole.
Atas sebab sambutan yang menggalakkan, ia mengutuhkan lagi hubungan kolaborasi yang sudah empat tahun terjalin antara Sometime dengan Dato Rizalman dan menjadi dorongan untuk menghasilkan kolaborasi di luar jangkaan.
Rimoon dalam rona maroon, diolah menjadi wristlet
Dalam mereka beg untuk Sometime, Dato Rizalman menegaskan bahawa kemewahan itu tak terletak pada harga yang tinggi melampau. “Kemewahan adalah kehalusan atau keindahan pada sesuatu rekaan tanpa mencurigai kualiti yang luar biasa. Saya bersyukur kerana bisa menghasilkan produk yang tiada markup konvensional,” kata Dato Rizalman.
Antara item yang dikira ‘first’ untuk Sometime adalah kasut tumit tinggi. Selain beg, kolaborasi bersama Dato Rizalman juga memperkenalkan kasut tumit tinggi (dalam material suede) untuk perempuan
Rifanny dalam rona jingga gelap
Oh! Dan boleh merealisasikan personalization pada beg juga!
Sometime X Dato Rizalman turut mengeluarkan rangkaian apron
Apa pandangan anda?