Posted on April 13, 2020
Jika ada yang menanya, apakah aksesori harus dimiliki musim ini? Jawapannya, Fendi FF earrings. Mula dipertunjukkan di atas pentas Fendi musim bunga panas 2020, kemudian dibawa ke dunia ‘off the runway’ dan menjadi pelengkap gaya!
Sewaktu diperkenalkan di atas pentas musim bunga panas 2020 pada bulan September tahun lepas, ia terus mengikat perhatian umum. Kehadiran aksesori ini meninggalkan impak yang sungguh kuat, kerana penonjolannya bukan sahaja berdasarkan rekaan luar biasa, malah punya kefungsian di luar jangkaan. Betapa bijaknya Fendi, mencemerlangkan idea aksesori subang yang rekaannya bukan sekadar bentuk huruf single ‘F’ – logo sinonim Fendi yang bagai melekat sudah imej huruf ‘F’ dalam kepala – namun ia berfungsi atau boleh dilaraskan sehingga berubah bentuknya menjadi double ‘F’. Menjadi ‘FF’.
Bukan aksesori subang tipikal. Not your average hoop earrings or some dangling earrings. Nope. Ia lebih kepada functionality earrings. Silvia Venturini Fendi begitu celik dalam menampilkan rekaan aksesori sebegini dengan menyusupkan inovasi, di samping kreativiti. Ditambah lagi dengan entiti kreatif mendiang Karl Lagerfeld yang mengisi jiwa Silvia, mengukuhkan ciptaannya untuk Fendi kali ini. Bermain dengan ilham menggapai matahari terbit di Itali untuk himpunan musim bunga panas 2020, tersisip sekali nilai kraf yang tinggi di Fendi dan bilang Silvia, dia tidak meminggir terus aspek praktikal.
Maka itulah munculnya rekaan aksesori subang yang berbilang fungsi ini. Kerana Silvia bermatlamat untuk menghebatkan wanita-wanita Fendi dalam hal penggayaan – rasa puas dan bagus dalam penggayaannya – dan aksesori subang berbentuk huruf ‘F’ ini antara yang memainkan peranan besar! Aksesori subang ini membenarkan si pemakai menggayakannya dalam beberapa cara, dengan mempelbagaikannya. One ‘F’ or double ‘FF’ logo… terpulang! Sama ada mahu memakai single ‘F’ pada kedua-dua belah telinga mahupun logo double ‘FF’ pada sebelah telinga sahaja.
Dan, jika dipakai pada sebelah telinga sahaja, ia bisa dipadankan dengan aksesori subang bentuk lain pada sebelah telinga lagi. Kedua-dua belah telinga yang berbeza bentuk subangnya. We don’t see why not!
Rekaan subang yang dicedok daripada penghormatan buat logo signature Maison Fendi ini begitu mudah dilaraskan, dengan hanya menukar additional stud untuk menjadikan ia single ‘F’ atau double ‘FF’. Terdapat dua saiz berbeza yakni saiz besar serta medium, subang Fendi ini turut dihidangkan dalam empat kombinasi rona unik – efek bercapuk-capuk kulit penyu, kuning, hijau dan transparent plexi.
Bisa dipadankan dengan apa-apa penggayaan. Selain pelbagai fungsi, subang FF ini juga versatile. #STAILavvv!
Apa pandangan anda?