Posted on January 6, 2021
DRESS DARIPADA MAX MARA
FOTOGRAFER : AZIM MAHAYUDIN SITTING EDITOR & PENATA GAYA : ARDI IDEWANI
ARAHAN SENI & PENATA GAYA : AZREEZAL HAFIDZ PENGARAH KREATIF : MERRISSA EMILDA
PEMBANTU PENYELARAS : AMIRA AZMAN VIDEOGRAFER : JUFRI JAMAL
SOLEKAN : FENDI SANI MODEL : NAZURA HUSNA
SUT DARIPADA CHLOE & SKAF KEPALA DARIPADA GUCCI
Membuka pintu tahun 2021, STAIL.MY mempersembahkan MISUNDERSTOOD MUSLIMAH. Kisah si perempuan berhijab yang takkan menghitamkan niatnya masakan janjinya terurai. Menggenggam erat, menggenggam teguh. Namun, terkadang, dia disalahfahami. Sikap tidak bertoleransi orang yang bertunas ke menaruh prasangka dan interpretasi rencaman barat yang terkadang mengaitkan imejnya dengan pembelengguan. Tetapi dia tidak mengendahkan, buat acuh tak acuh dengan ‘cabai rawit’ orang. Kerana hijab itu adalah keperibadiannya, yang mencerminkan jati dirinya.
SUT & KEMEJA DARIPADA MSGM
KASUT DARIPADA MANOLO BLAHNIK
TOP & SKIRT DARIPADA LONGCHAMP
KASUT DARIPADA STEVE MADDEN
Perempuan berhijab yang percaya pada kepositifan dan optimisme. Dia tahu setiap perempuan punya kebebasan dan hak, termasuklah penampilan diri. Dan memakai hijab itu adalah haknya!
DRESS & BEG DARIPADA FENDI
Tekal dengan imej, dia hanya mahu menegapkan kepercayaannya. Spiritual serta moral. Malah, ia bukan hanya umpama ‘tiang’ dalam kehidupan serta tuntutan, namun juga melambangkan dukungan keras pemerkasaan perempuan. Ingat, bukan satu pembelengguan.
“Hanya kerana saya memilih untuk menudungi kepala, orang menghendaki saya untuk berkelakuan mengikut cara tertentu. Mengganggap pemikiran saya juga seperti ‘tersekat’ atau terkebelakang…?” Nah! Singkir semua pengertian itu. Ini adalah muslimah moden. Masuk 2021, kabur sudah istilah ‘konformis’ atau ‘konvensional’ seorang perempuan berhijab!
JAKET, KEMEJA, SELUAR, KASUT & TALI PINGGANG SEMUANYA DARIPADA GUCCI
JAKET (PADA KEPALA) DARIPADA MAX MARA
SKAF KEPALA DARIPADA GUCCI
Biarpun ‘dijamah’ gunjing-gujirak atau sekali-sekali gempita teriak orang yang menghamburkan noda, dia tidak lekas menggelegak. Tidak mudah dia goyah. Tidak mudah dia tertipu. Tidak mudah patah lesu. Hatinya bersatu, rasa yakinnya merayap, mengalir dalam diri. Dia hanya mahu hasratnya capai ke mata hati orang.
KEMEJA & SKIRT DARIPADA SALVATORE FERRAGAMO
KASUT DARIPADA MANOLO BLAHNIK
Maka, bermulalah kesedaran baharu.
Apa pandangan anda?