Posted on January 10, 2021
Lima belas tahun mengentalkan persahabatan karib, yang akhirnya menerokai pengembaraan baharu! CROSSOVER & Carhartt WIP mengganjari Malaysia hadiah istimewa : sebahagian daripada projek ulang tahun ke-15, kedua-duanya bekerjasama mengeluarkan rangkaian <ON THE WATCHOUT> pack yang secara eksklusifnya dijual di Malaysia.
Jika sudah berada di dalam ‘kosmos’ Malaysia, bermakna mengangkat idea yang ada hubung kaitnya dengan identiti Malaysia adalah pilihan sempurna. Tidak terlewat, malah tidak terkebelakang seandainya batik menjadi pilihan, apalagi ia dimodenkan atau diperbaharui mengikut selera anak muda semasa. Lalu, konsentrasi mereka dalam menunjukkan sinergisme adalah dengan mencemerlangkan batik. Secara spesifiknya, kolaborasi ini menyalin semula motif batik tradisional, namun konsep batik tersebut diubah dengan sentuhan moden.
Mereka berani dalam menyusupkan elemen atau jati diri mereka ke dalam motif batik yang digunakan. Menariknya, motif batik berupa berlian itu tersisip sekali motif signature skull CROSSOVER bersama-sama logo abjad C Carhartt WIP. Kedua-dua elemen dua jenama ini diulang-ulang, sehinggakan kedua-duanya kelihatan umpama ‘berpadu’ dengan motif batik tersebut. Ia juga menampilkan logo font baharu CROSSOVER yang direka eksklusif bersempena usia serta ulang tahunnnya yang ke-15!
CROSSOVER S/S Pocket T-Shirt dalam rona kelabu hitam, dilengkapi poket pada bahagian dada dengan logo Carhartt WIP (pada poket) & logo CROSSOVER. Motif grafik batik ‘ON THE WATCHOUT’ pada bahagian belakang baju. CROSSOVER Canvas Cushion pula menampilkan rekaan yang dilengkapi dua elemen : sarat motif batik dan dilengkapi butiran poket Carhartt WIP pada bahagian belakang.
Di samping sebarisan kemeja T, kolaborasi ini juga menyaksikan rekaan rangkaian kusyen eksklusif yang sarat dengan motif batik. Apa yang unik fasal kusyen ini adalah ia disempurnakan oleh butiran poket pada bahagian belakangnya – yang memimik poket kemeja T yang sinonim dengan identiti kemeja T Carhartt WIP.
CROSSOVER X Carhartt WIP <ON THE WATCHOUT> pack ini sudah mula drop pada 9 Januari lalu di butik-butik Carhartt WIP Kuala Lumpur dan di atas talian.
Apa pandangan anda?