Posted on February 24, 2021
Selepas kontroversi perseteruan Sarah Jessica Parker dengan Kim Catrall yang menjadi punca kepada ‘matinya’ watak Samantha Jones dalam reboot siri ‘Sex and the City’, dengar-dengar, watak Mr. Big dan Steve pun barangkali dimatikan. ‘And Just Like That’ – judul baharu siri reboot ‘Sex and the City’ – yang bakal ditayangkan di HBO Max nanti hanya akan bertumpu pada Carrie Bradshaw, Miranda Hobbes dan Charlotte York.
Apakah sambutannya nanti sama seperti siri-siri Sex and the City yang sebelum-sebelum ini? Entahlah. Apa yang pasti, bukan kepalang lagi rasa tidak puas hati peminat-peminat setia SATC kerana ketiadaan watak Samantha nanti akan membuatkan siri reboot tersebut seperti serba tidak lengkap. No Samantha, no ‘sex’.
Di kesempatan menanti ‘And Just Like That’, sudah tentu perkara yang terbit menjadi buah tutur orang adalah : tentang fesyen siri reboot ini. Sama impaknya dengan SATC yang dulu-dulu, sehingga membekas dalam ingatan? Akan terlihat gaya-gaya hit and miss Carrie – kerana ada beberapa gayanya yang nampak merepek meraban – dalam ‘And Just Like That’? Contohnya, penampilan Carrie memakai ruched dress dengan bandana yang diterbalikkan dalam salah satu episod SATC. I can’t even!
Baru-baru ini, SJP kelihatan bergaya sakan sewaktu mengitari kota New York. Ada yang bilang, dia ketika itu sedang dalam persediaan atau penggambaran ‘And Just Like That.’ Ada juga yang bilang ia hanyalah hari-hari normal SJP dan tiada kena-mengena dengan penggambaran. Namun, penggayaannya hari itu saling tak tumpah seperti penampilan Carrie. Serasa melihat Carrie tengah beraksi! Dia menggayakan kot berona perang camel, bersama dress floral yang layered di atas ceraian bercorak ikat celup bersama stoking Gucci monogram berona merah jambu terang dan berkasut pumps merah – channeling clashing prints and contrast. Gayanya itu disempurnakan lagi dengan pelitup muka.
Tidak pasti. Ya. Boleh jadi gambar SJP tersebut adalah sewaktu hari-hari biasa SJP running errands dan tidak hairan juga, gambar itu memperlihatkan SJP channeling Carrie untuk siri terbarunya. Berdasarkan keeksentrikan dan keberanian berfesyen yang ditonjolkan… mungkin untuk ‘And Just Like That.’ One thing is for sure, we kinda like this look on her.
Seperkara lagi tentang siri reboot ‘And Just Like That’, isu semasa seperti COVID-19 akan turut digabungkan dalam jalan ceritanya. Jadi, apakah akan terlihat beberapa penggayaan pelitup muka sebagai aksesori Carrie, Miranda dan Charlotte nanti? Mungkin dan ia mungkin akan menjadi fashion statement dalam siri reboot tersebut.
Sarah Jessica Parker menggayakan sweatpants, pumps, kot quilt & beg silang baru-baru ini di New York. Kami mengharapkan gaya ini juga terlihat dalam ‘And Just Like That’. Oh! Tidak lupa juga pelitup muka yang akan menjadi fashion statement.
Apa pandangan anda?