Posted on March 8, 2021
Hampir setahun tidak beraksi di atas pentas. Selepas melahirkan anak pertamanya, yang diberi nama Khai, Gigi Hadid membuat kemunculan semula pada hari Jumaat lepas… di pertunjukan Versace musim luruh dingin 2021!
Selamat kembali bekerja, new mom! Kehadirannya adalah antara kemuncak pertunjukan Versace musim luruh dingin 2021 kerana ia sepertikan bab baharu dalam kehidupan Hadid sebagai seorang model mom.
Hadid berehat lebih kurang ketika bermulanya perintah berkurung tahun lepas sampailah ke bulan Mac tahun ini. Hadid kemudiannya ‘memilih’ pentas presentasi digital Versace musim luruh dingin 2021 (pada hari Jumaat lepas) sebagai platform untuk merencanakan perihal kembalinya dia ke medan fesyen. Dia mengunci perhatian khalayak dengan menjadi pembuka pentas Versace dan umpama memimpin skuad Versace kali ini.
Pada permulaan pertunjukan Versace tersebut, model-model – bak kata Donatella Versace, “Model-model adalah seperti pelakon-pelakon sandiwara. Mereka menghidupkan rekaan-rekaan pakaian.” – dilihat mengisi ruang binaan pagar sesat berbilang tingkat yang dari kejauhan, seakan-akan mereplikakan bentuk La Greca Versace. Hanya siluet model-model yang kelihatan. Mereka semua ada yang duduk bersantai, ada yang berdiri menggayakan lagak tipikal seorang model dan juga ada yang bersandar pada dinding.
Figura Hadid di tengah-tengah. Dia pula kelihatan berdiri, seraya mendongakkan kepalanya ke atas – berdasarkan siluet itu, boleh agak ia adalah Hadid. Bila bermulanya pertunjukan dan cahaya sorotan bertumpu terus ke bahagian tengah binaan pagar sesat tersebut, terus jelas nampak Hadid, berjalan sambil melibaskan rambutnya.
Berambut merah, Hadid menyarung rekaan blazer bersama top berleher segi empat dan menayangkan bahagian midrif. Total look-nya yang serba hitam Hadid disempurnakan lagi dengan skirt dan stokin panjang. Beg tangan serta sarung tangan bercorak La Greca monogram merah memperlihatkan kontras look serba hitam tersebut.
Hadid beraksi di samping adiknya, Bella Hadid dan bersama model-model lain seperti Irina Shayk, Mica Arganaraz, Adut Akech, Mona Tougaard dan juga girl-of-the-moment, Precious Lee. Dalam pertunjukan Versace musim luruh dingin 2021 ini, model-model perempuannya meligatkan aksi yang nampak berkuasa, menunjukkan gerak seperti menghempaskan kelembutan dan merentak kaki dengan penuh yakin. Menurut Versace, ini adalah cita-cita tingginya untuk menyalurkan kekuatan seorang perempuan. Pergerakan-pergerakan yang ditampilkan adalah simbol aras keyakinan yang tinggi. Hence, the Hadid’s flip hair move!
Girl of the moment : Precious Lee!
Versace musim luruh dingin 2021 – lambang aras keyakinan tinggi seorang perempuan
Apa pandangan anda?